Page 259 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 259

Beberapa semakan semula dan pembangunan dasar baharu telah dimulakan termasuk
               semakan semula Garis Panduan Pewartaan Pakar Pergigian; pembangunan buku log
               bagi  latihan  induksi  pegawai  pergigian  yang  perlu  dipenuhi  sebelum  memulakan
               tempoh  pra-pewartaan;  dan  cadangan  dasar  bagi  pengiktirafan  sebagai  Subject
               Matter Expert bagi Pegawai Pergigian Penguatkuasaan.


               Cadangan Hala tuju Juruterapi Pergigian telah diluluskan pada 13 September 2019
               dan dibentangkan semasa Mesyuarat Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian dengan
               Majlis Dekan Pergigian KKM pada 18 November 2019. Universiti Teknologi MARA dan
               Kolej Universiti Lincoln telah menunjukkan minat untuk menawarkan program ijazah
               bagi Juruterapi Pergigian.

               PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN FASILITI KESIHATAN PERGIGIAN


               Pada tahun 2019, terdapat 11 projek pembangunan kesihatan pergigian yang diluluskan
               di bawah RMK-10 dan RMK-11 masih sedang dalam peringkat pembangunan seperti
               berikut:
                   i.     Klinik Pergigian Standalone:
                      •  Klinik Pergigian Bukit Selambau, Kedah.
                      •  Klinik Pergigian Kluang, Johor.
                      •  Klinik Pergigian Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.
                      •  Klinik Pergigian Daro, Mukah, Sarawak.
                      •  Klinik Pergigian Pasir Akar, Besut, Terengganu.
                      •  Naiktaraf Klinik Pergigian Tronoh, Kinta, Perak.
                   ii.    Pusat Pakar Pergigian Seremban, Negeri Sembilan
                   iii.   Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dan Pusat Pakar Pergigian Presint 6, Putrajaya.
                   iv.    Pusat Pakar Pergigian Kota Kinabalu, Sabah.
                   v.     Kuarters Klinik Pergigian Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.
                   vi.    Naik taraf Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Melaka, Melaka.

               Pemantauan berterusan program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET)
               telah dijalankan merangkumi dua (2) buah klinik pergigian iaitu:
                   •  Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Teluk Datuk, Selangor.
                   •  Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Teluk Bahang, Pulau Pinang.


               Pada tahun 2019, kontrak baru bagi Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) di 13 negeri
               telah diluluskan. Bagi Sarawak, pelanjutan kontrak PSK telah diluluskan untuk tempoh
               enam (6) bulan iaitu sehingga 31 Mei 2020 sementara kontrak baharu disediakan.












                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  249
   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264