Page 264 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 264

Data  bagi  perkhidmatan  yang  telah  diberikan  oleh  setiap  bidang  kepakaran
            dikumpulkan melalui  sistem  e-reporting,  kecuali  data bagi Kepakaran Pergigian
            Keperluan Khas dan Pergigian Forensik masih dikumpul secara manual. Beban kerja
            bagi  setiap  bidang  kepakaran  diterjemah  melalui  nisbah  pakar  kepada  bilangan
            pesakit seperti di Jadual 7.4.


                                                Jadual 7.4
                               Beban Kerja Pakar Pergigian Mengikut Bidang


                                   Tahun
                                                     Tahun
             Bidang Kepakaran                 2015       2016      2017       2018     2019
              Bidang Kepakaran
             Kepakaran Hospital-Based
             Bedah Mulut dan
             Maksilofasial                      3823       3991      3554      3680      3716

             Pergigian Pediatrik                2427       2730      3005      2854      2541
             Patologi Mulut & Perubatan          744        878        833      864       951
             Mulut

             Pergigian Keperluan Khas           727*       889*     1159*     1297*    1413*
             Pergigian Forensik                 173*       108*      141*      110*       88*

             Kepakaran Non-Hospital-Based
             Ortodontik                         4083       4056      3556      3423      3711

             Periodontik                        1312       2113      1466      1349      1373
             Pergigian Restoratif               1732       1439      1294      1308      1327

            Sumber: Pusat Informatik Kesihatan KKM (data preliminari 2019) & *Program Kesihatan Pergigian KKM, 2019

            KESIHATAN PERGIGIAN MASYARAKAT


            PROGRAM PEMFLOURIDAAN AIR


            Terdapat 496 buah Loji Rawatan Air (LRA) di Malaysia di mana semua telah diswastakan
            sepenuhnya kecuali di Perak, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Daripada 309 LRA (62.3
            peratus)  yang telah dilengkapkan dengan  fluoride  feeder,  64  (20.7  peratus)  tidak
            aktif  disebabkan  kekurangan  sumber  untuk  pembelian  kompaun  florida  ataupun
            mengalami  masalah  teknikal  seperti  kerosakan  fluoride  feeder. Pada tahun  2019,
            dianggarkan sebanyak 73.1 peratus daripada populasi menerima bekalan air awam
            berflorida. 83.6 peratus daripada bacaan paras fluorida yang diambil di poin retikulasi
            mencapai julat 0.4 hingga 0.6 ppm yang disarankan (Rajah 7.1).






        LAPORAN TAHUNAN
    254  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269