Page 262 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 262

Peningkatan keperluan pengumpulan data menyebabkan tenaga kerja di lapangan
            merasa tertekan. Maka satu pasukan kerja telah dikenal pasti untuk melihat cara yang
            mudah dan cepat untuk mengumpul data dengan menggunakan MS Access dan MS
            Excel. Sistem pelaporan luar talian ini telah dibangunkan dan sedang diuji di lapangan.


            Pada keseluruhannya,  terdapat peningkatan pengguna perkhidmatan pergigian
            primer daripada 25.8 peratus pada tahun 2018 kepada 26.9 peratus pada tahun 2019
            (Jadual 7.2).


            PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN KEPAKARAN


            Pemetaan  perkhidmatan  kepakaran  pergigian  dilakukan  bagi  memastikan  taburan
            perkhidmatan adalah mengikut keperluan selain mengenal pasti keperluan latihan
            di masa hadapan. Perluasan perkhidmatan lima (5) bidang kepakaran pergigian telah
            diwujudkan di sembilan (9) buah fasiliti pergigian pada tahun 2019 (Jadual 7.3).






















































        LAPORAN TAHUNAN
    252  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267