Page 260 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 260

PENGURUSAN MAKLUMAT KESIHATAN PERGIGIAN


            TELEPRIMARY CARE-ORAL HEALTH CLINICAL INFORMATION SYSTEM (TPC-OHCIS)

            Pada 1 Jun 2019, kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan (O&M) sistem TPC-
            OHCIS yang menyokong perkhidmatan penjagaan pergigian primer serta perkhidmatan
            kesihatan kepakaran berasaskan hospital telah tamat. Susulan itu, pada Julai 2019,
            kontrak perkhidmatan O&M telah dianugerahkan kepada kontraktor yang dilantik.
            Mesyuarat kick off kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan (O&M) sistem TPC-
            OHCIS telah diadakan di Putrajaya pada 10 Julai 2019.

            Bagi menjamin kompetensi berterusan dalam kalangan para pentadbir dan pengguna
            dalam mengendalikan system TPC-OHCIS, beberapa siri latihan melalui pendekatan
            “Module-Focused Training Approach” telah diadakan pada bulan Ogos dan September
            2019 di fasiliti kemudahan komputer Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.


            TEKNOLOGI KESIHATAN PERGIGIAN


            Pada masa ini, Program Kesihatan Pergigian telah menerbitkan sebanyak 13 Panduan
            Amali Klinikal.  Setakat 31 Disember 2019,  tujuh  (7) daripadanya adalah  terkini
            (diterbitkan kurang dari 5 tahun), dua (2) telah diluluskan untuk penerbitan oleh CPG
            Council pada bulan Jun dan Disember, satu (1) dalam proses kaji semula manakala
            tiga (3) telah sampai tempoh untuk dikaji semula seperti di Jadual 7.1.

                                                Jadual 7.1
                             Panduan Amali Klinikal Setakat 31 Disember 2019


                                                     Tahun
                          Tajuk PAK                                         Status
                                                  Diterbitkan
             Management of Condylar Fracture         2005       Draf diluluskan dan diterbitkan
             of the Mandible                                    pada Jun 2019
             Management of Avulsed Permanent         2010       Draf diluluskan dan diterbitkan
             Anterior Teeth in Children 2  edition              pada Disember 2019
                                       nd
             Management  of  Unerupted  and          2005       Dalam proses kaji semula
             Impacted Third Molar
             CPG  Management  of  Severe  Early      2012       Untuk dikaji semula
             Childhood Caries
             CPG  Orthodontic  Management  of        2012       Untuk dikaji semula
             Developmentally Missing Incisors
             CPG  Management  of  Chronic            2012       Untuk dikaji semula
                           nd
             Periodontitis 2  edition
            Sumber: Program Kesihatan Pergigian, KKM



        LAPORAN TAHUNAN
    250  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265