Page 300 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 300

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT  PROGRAM  KESELAMATAN DAN KUALITI
            MAKANAN TAHUN 2019


            Pertandingan  Inovasi  Peringkat  Program  Keselamatan  dan  Kualiti  Makanan  telah
            berlangsung di Pusat Konvensyen i-City, Shah Alam pada 4 November 2019 bertemakan
            ‘Janakan Kreativiti, Jayakan Inovasi’. Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk
            dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif, selain dari memberi pengiktirafan
            kepada hasil Inovasi yang diperkenalkan oleh warga PKKM. Pertandingan ini telah
            mengumpulkan seramai 250 orang peserta dari seluruh negara di bawah Program
            Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan penyertaan 17 projek Inovasi yang terdiri
            daripada kategori produk, teknologi, proses dan perkhidmatan. Majlis perasmian bagi
            pertandingan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti
            Makanan, Encik Mohd Salim bin Haji Dulatti.


            Kumpulan  Ergonova  dari  Seksyen  Makanan,  Makmal  Kesihatan  Awam  Ipoh  telah
            merangkul juara keseluruhan dalam pertandingan ini dengan projek inovasi Agar Max
            Pour. Tahniah kepada pemenang (Jadual 9.4; Imej 9.9).

                                                Jadual 9.4
               Senarai Pemenang Pertandingan Inovasi Peringkat Program Keselamatan dan
                                       Kualiti Makanan Tahun 2019


                 Kategori      Kedudukan                    Tajuk / Kumpulan

                                Pertama      Easy Slant / Tilaked, MKKM, Kedah

                                 Kedua       Safety Chemical Capsule / Capsule Five, MKKM,
                 Produk
                                             Terengganu
                                 Ketiga      Smart Fridge / Smart Team, PKD Lipis

                                Pertama      Sistem Pendaftaran e-Surat FSQ / Be Innovative,
                                             JKN Sabah
                Teknologi
                                 Kedua       MJA on the Go / Key Elle on the Go, JKWP Kuala
                                             Lumpur & Putrajaya

                                Pertama      Agar Max Pour / Ergonova, MKA Ipoh

                                 Kedua       e-Plan Kilang / Four Kel, JKN Kelantan
                 Proses
                                 Ketiga      Smart Premise Database / Smart CT, PKD
                                             Kemaman
                                Pertama      Kit4Me / Jetsetter, JKN Negeri Sembilan
              Perkhidmatan       Kedua       Intelligent Mobile Case / Karisma, PKD Kuala

                                             Nerus
            Sumber: Cawangan Polisi dan Pembangunan, BKKM




        LAPORAN TAHUNAN
    290  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305