Page 303 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 303

26  SESSION OF CODEX COMMITTEE ON FATS AND OILS (CCFO)
                  th
               Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi, negara Tuan Rumah dan sekretariat CCFO dan
               telah menganjurkan mesyuarat CCFO setiap dua (2) tahun sekali sejak pelantikannya
               pada tahun 2007. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Noraini binti Dato’
               Mohd. Othman, mantan Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM yang
               telah bersara pada 11 April 2019. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 122 orang peserta
               dari 40 negara, satu (1) pertubuhan negara dan lima (5) pertubuhan antarabangsa.
               Buku terbitan Codex bertajuk A drop of oil, a tonne of value menerangkan bagaimana
               CCFO beroperasi dan peranan yang dimainkan Malaysia sejak mengambil alih CCFO
               dari UK pada tahun 2009 telah dilancarkan semasa mesyuarat kali ini (Imej 9.12).

                                                    Imej 9.12
                            26th Session of Codex Committee on Fats and Oils (CCFO)
                                  25 Februari hingga 1 Mac 2019, Kuala Lumpur


















                                     Sumber: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM


               KESIMPULAN


               PKKM  sentiasa  komited  untuk  memastikan  keselamatan  makanan  dan
               mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui
               tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite
               yang berkesan ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Keselamatan makanan
               adalah tanggungjawab setiap individu.






















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  293
   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308