Page 356 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 356

PENGENALAN

            Unit  Integriti  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  telah  ditubuhkan  pada  tahun  2014
            berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkaitan Penubuhan
            Unit Integriti di Semua Agensi Awam. Unit Integriti KKM menjalankan enam (6) fungsi
            utama  iaitu  Pengukuhan  Integriti,  Pengurusan  Aduan,  Pematuhan,  Tadbir  Urus,
            Pengesanan & Pengesahan serta Tatatertib. Unit Integriti KKM diketuai oleh Pegawai
            Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Ketua Unit dan 35 bilangan
            perjawatan di Unit Integriti.


            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


            PENSIJILAN MS ISO 37001: 2016 ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM


            Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  telah dipilih  sebagai salah  sebuah
            kementerian yang terlibat dalam pelaksanaan melaksanakan projek rintis penetapan
            standard MS ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) di agensi
            Kerajaan yang berisiko tinggi yang dilaksanakan oleh United Nations Development
            Programme (UNDP) dengan kerjasama Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah
            Nasional (GIACC). Projek Rintis ABMS bertujuan untuk melihat hasil dan menyediakan
            cadangan kepada GIACC berkaitan pelaksanaan pensijilan ABMS secara menyeluruh
            di setiap kementerian, agensi, jabatan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ke arah
            mencegah rasuah dan membina budaya kerja yang berintegriti tinggi.


            KKM telah berjaya melalui dua (2) pengauditan wajib oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd dalam
            tempoh persiapan selama tiga (3) bulan iaitu bermula Mac hingga Mei 2019 untuk
            mendapatkan  pensijilan  ABMS.  KKM  telah  membangunkan  Kit Polisi  Pencegahan
            Rasuah yang mengandungi sebanyak enam (6) polisi antirasuah untuk diguna pakai
            sebagai rujukan kepada warga KKM dan pihak ketiga yang berurusan dengan KKM
            dalam usaha membanteras rasuah. Polisi yang dibangunkan adalah seperti berikut:

                                                 Imej 17.1
                                       Polisi Pencagahan Rasuah KKM














                                             Sumber: Unit Integriti, KKM










        LAPORAN TAHUNAN
    346  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   351   352   353   354   355   356   357   358   359   360   361