Page 361 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 361

Data yang diperoleh daripada MREC juga menunjukkan arah aliran yang tetap di fasiliti
               KKM (Rajah 18.2). Lebih penting lagi, apabila kedua-dua data dikaji, lebih daripada 70
               peratus penyelidikan ditaja dijalankan di fasiliti KKM. Ini menunjukkan pengiktirafan
               tapak kajian hasil daripada prestasi dari segi kualiti dan jumlah pesakit yang direkrut.
               Pada tahun 2019, CRM mencapai sebanyak 83 peratus daripada jumlah pesakit yang
               direkrut kedalam kajian klinikal dan 84 peratus rating “Good” dan ke atas untuk Study
               Coordinator CRM.


                                                   Rajah 18.2
                             Jumlah Kajian yang ditaja dari Tahun 2012 hingga 2019














                Jumlah Kesuluruhan Kajian yang Ditaja di Malaysia  Jumlah Kajian yang Ditaja yang dijalankan di KKM
               Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)

               Pada  masa  yang  sama,  ia  adalah  penting  untuk  Malaysia  dilihat  sebagai  destinasi
               pilihan dalam penyelidikan klinikal dan sejak penubuhannya pada bulan Jun 2012,
               CRM  telah  berjaya  mempromosikan  keupayaan  dan  kapasiti  Malaysia  dalam
               menjalankan penyelidikan klinikal. Peningkatan dalam jumlah penaja dan Contract
               Research  Organization  (CRO)  yang  terlibat  dengan  CRM  membuktikan  keupayaan
               Malaysia dalam landskap kajian klinikal global. (Rajah 18.3)

                                                   Rajah 18.3
                        Kadar Peningkatan Penaja dan CRO dari tahun 2014 hingga 2019



















                Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)










                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  351
   356   357   358   359   360   361   362   363   364   365   366