Page 357 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 357

Majlis  Pelancaran  Kit Polisi  Pencegahan  Rasuah  Kementerian Kesihatan  Malaysia
               telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia dalam Majlis Perjumpaan
               Bulanan YB Menteri Kesihatan Malaysia iaitu pada 28 Ogos 2019. Pada Majlis tersebut
               telah diumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan Kementerian
               pertama  yang berjaya  mendapatkan pensijilan  MS ISO 37001:  2016  Anti-Bribery
               Management System.

                                                    Imej 17.2
                                 Pelancaran Kit Polisi Pencagahan Rasuah KKM



















                                           Sumber: Unit Komunikasi Korporat, KKM

               AKTIVITI DAN PRESTASI SEKSYEN TATATERTIB BAGI TAHUN 2019


               Bermula  Januari  hingga  November  2019,  Seksyen  Tatatertib  telah  melaksanakan
               naziran ke atas 50 Pusat Tanggungjawab (PTj) KKM yang mempunyai fungsi sebagai
               Lembaga Tatatertib di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Hospital dan Pejabat Kesihatan
               Daerah  (PKD).  Naziran  bertujuan  untuk  memastikan  Lembaga  Tatatertib  jabatan
               melaksanakan  dan  mematuhi  prosedur  tindakan  tatatertib  selaras  Peraturan-
               Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-peraturan
               Lembaga  Tatatertib  Perkhidmatan  Awam  1993.  Selain  itu,  naziran  juga  digunakan
               sebagai  platform  kepada  pihak  jabatan  untuk  mendapatkan  khidmat  nasihat  dan
               menambah baik kelemahan yang telah dikenal pasti semasa naziran dijalankan.


               Sebanyak 29 program kesedaran telah dijayakan oleh Seksyen Tatatertib sepanjang
               tahun  2019  yang  memerlukan  penerangan  secara  spesifik  berkaitan  tatatertib
               disampaikan  kepada  warga  KKM.  Dalam  program  ini,  warga  KKM  akan  diberi
               penerangan dan maklumat berkaitan peraturan dan polisi yang berkuat kuasa supaya
               kesedaran dapat dipertingkatkan serta meminimumkan tindakan berbentuk punitif
               kepada warga KKM dalam jangka masa panjang.

               Sehingga November 2019, sebanyak 966 kes tindakan tatatertib di bawah Lembaga
               Tatatertib Kementerian Kesihatan bagi kumpulan Pengurusan dan kumpulan Sokongan
               telah berjaya diselesaikan. Kes tersebut melibatkan pelbagai jenis kesalahan tatatertib
               yang dilaporkan kepada Unit Integriti dari fasiliti KKM seluruh Malaysia.






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  347
   352   353   354   355   356   357   358   359   360   361   362