Page 358 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 358

AKTIVITI PENGUKUHAN INTEGRITI DI KKM

            Sepanjang tahun 2019, pelbagai program pengukuhan integriti telah dijalankan iaitu
            empat (4) siri program Ziarah Integriti, tiga (3) sesi Bicara Integriti dan satu (1) siri Kursus
            SMART Integriti. Program Ziarah Integriti merupakan program ziarah Unit Integriti
            ke bahagian dan jabatan KKM secara khusus yang bertujuan untuk menyampaikan
            informasi berkaitan nilai murni, integriti antara Unit Integriti dengan bahagian yang
            terlibat. Program Bicara Integriti adalah sebuah program bual bicara interaktif yang
            bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga KKM agar dapat menghayati dan
            mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas seharian. Manakala Kursus
            SMART  Integriti  merupakan  program  yang  melibatkan  warga  KKM  dari  kumpulan
            Pengurusan dan Profesional dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang berdaya
            kepimpinan tinggi dan pemantapan nilai-nilai positif dalam menjalankan tugas serta
            tanggungjawab.

                                                 Imej 17.3
                                    Program Pengukuhan Integriti KKM







































                                             Sumber: Unit Integriti KKM












        LAPORAN TAHUNAN
    348  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   353   354   355   356   357   358   359   360   361   362   363