Page 362 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 362

Pada  tahun  2019,  CRM telah  diaudit  oleh  Jabatan  Audit  Negara dan  laporan
            keseluruhan  menunjukkan  bahawa  CRM  telah  mencapai  penubuhan  objektif,
            mencapai  tadbir  urus  korporat yang memuaskan  dan  mempunyai  kedudukan
            kewangan yang stabil. Cadangan utama telah dibuat dalam laporan tersebut untuk
            terus memastikan kemampanan syarikat dan salinan laporan boleh didapati di laman
            sesawang Jabatan Audit Negara.

            Dua  (2)  MoU  ditandatangani  diantara  CRM,  Cytomed  Therapeutics  dan  NUHS,
            Singapura. MoU ini akan terus membuka ruang yang lebih baik di antara kerjasama
            Malaysia-Singapura dalam  memajukan perkembangan ubat-ubatan baru dan
            penyelidikan antara kedua negara (Imej 18.1).

                                                 Imej 18.1
               Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara CRM, Cytomed
                  Therapeutics dan National University Health System (NUHS), Singapura




















                                       Sumber: Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)

            Pusat Kajian Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak menerima sijil sementara daripada
            Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan kini disenaraikan di bawah Fasa I Unit
            Program Akreditasi NPRA. CRC Hospital Umum Sarawak adalah tapak kajian pertama
            di Malaysia yang tersenarai di dalam program ini (Imej 8.2).


























        LAPORAN TAHUNAN
    352  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   357   358   359   360   361   362   363   364   365   366