Page 56 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 56

BAHAGIAN KEWANGAN


            PENGURUSAN PERUNTUKAN


            KKM telah diperuntukan sejumlah RM28.678 bilion pada tahun 2019, di mana
            RM26.498 bilion  adalah  untuk Bajet Mengurus (B42)  dan RM2.180 bilion untuk
            Bajet Pembangunan (P42).


            PRESTASI PERBELANJAAN BAJET MENGURUS

            Pada tahun  2019, KKM  telah membelanjakan  sebanyak RM27.678  bilion (104.45
            peratus) daripada jumlah  yang telah diperuntukkan. Bajet Mengurus bagi program
            Perubatan merupakan peruntukan yang paling  tinggi iaitu sebanyak RM13.583 bilion
            (51.26 peratus) dan diikuti oleh peruntukan bagi Program Kesihatan Awam  iaitu
            sebanyak RM5.648 bilion (21.32 peratus). Jadual  3.1 menunjukkan peruntukan
            dan perbelanjaan  Bajet Mengurus mengikut program pada tahun 2019.


                                                Jadual 3.1
                Peruntukan dan Perbelanjaan Bajet Mengurus 2019 Mengikut Program


                                         PERUNTUKAN         PERBELANJAAN      PERBELANJAAN
                   PROGRAM
                                             (RM)                (RM)               (%)
             Pengurusan                     1,695,073,349      1,844,170,208       108.80
             Perubatan                     13,583,326,891    14,410,416,487        106.09

             Kesihatan Awam                 5,648,260,630      5,836,244,069       103.33

             Kesihatan Pergigian             925,555,476        948,024,784        102.43
             Perkhidmatan Farmasi            197,658,377        202,337,557        102.37
             Penyelidikan & Sokongan         297,306,457        297,060,390         99.92
             Teknikal

             Keselamatan & Kualiti             90,762,310        92,636,759        102.07
             Makanan

             Program Khusus                 4,060,373,810      4,047,845,664        99.69
             JUMLAH                        26,498,317,300    27,678,735,918        104.45
            Nota: Perbelanjaan sebenar melebihi 100 peratus kerana peruntukan tambahan untuk pembayaran emolumen. Penyelarasan
            ke atas perbelanjaan dibuat pada tahun berikutnya.
            Sumber: Bahagian Kewangan, KKM










        LAPORAN TAHUNAN
    46  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61