Page 59 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 59

Gambar 3.1
                Pelancaran Pelaksanaan e-Wallet (Boost) yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri
                              Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia






















                                             Sumber: Bahagian Kewangan, KKM

               BANTUAN KEWANGAN DAN SUBSIDI


               TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)

               KKM  menyediakan  bantuan  kepada  pesakit miskin  dan  kurang berkemampuan
               melalui TBP untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, pembelian
               peralatan  rehabilitasi  atau  ubat-ubatan.  Pada  tahun  2019,  KKM  telah  membiayai
               sebanyak 3,911 orang pesakit yang melibatkan kos sebanyak RM40.37 juta. Berlaku
               penurunan bilangan pesakit yang menerima bantuan dan amaun kelulusan TBP pada
               tahun  2019  berbanding  2018  berikutan  pengenalan  program  bantuan  kewangan
               baharu yang disediakan oleh kerajaan iaitui Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40).


               SUBSIDI KOS RAWATAN HEMODIALISIS

               KKM juga menyediakan subsidi kepada pesakit miskin dan kurang berkemampuan
               yang menjalani rawatan hemodialisis di 125 pusat hemodialisis Badan Bukan Kerajaan
               (NGO)  yang  layak  menerima  bantuan  subsidi  KKM  sebanyak  RM100  bagi  setiap
               rawatan dan suntikan Erythropoeitin (EPO) sebanyak RM18.50 setiap pesakit. Pada
               tahun 2019, sebanyak RM34.35 juta telah dibelanjakan dan sebanyak 2,842 orang
               pesakit mendapat manfaat dari subsidi ini.

               BANTUAN KEWANGAN KEPADA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

               KKM  memperuntukkan  bantuan  kewangan  kepada  NGO  seperti  Majlis  Hospis
               Malaysia,  Persatuan  Bagi  Mencegah  Penyakit  Tibi  Malaysia  dan  Institut  Diabetes
               Negara bagi melaksanakan program dan aktiviti berkaitan kesihatan dengan pesakit
               serta komuniti. Mengambil kira kepentingan dan peranan NGO dalam menyediakan




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  49
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64