Page 86 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 86

berat badan, tidak merokok dan saringan faktor risiko. Kini, dua lagi skop kesihatan
            iaitu kesihatan mental dan pengurangan kemudaratan alkohol telah ditambah dan
            akan dilaksanakan pada tahun 2020. Sehingga kini, sebanyak 900,000 orang dewasa
            telah disaring untuk faktor risiko berbanding 821,675 pada tahun 2018. 83 peratus
            lokaliti melakukan trek 10,000 langkah, 74 peratus lokaliti KOSPEN telah mencapai
            keperluan Polisi Menu Sihat dan 62.4 peratus telah mencapai sasaran untuk Rumah
            Bebas Asap Rokok (RBAR).


            SEKTOR KESIHATAN MENTAL, PENYALAHGUNAAN SUBSTANS &
            PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN KEGANASAN (MESVIPP)


            PROGRAM KESIHATAN MENTAL

            1.    Kempen Promosi Kesihatan Mental Let’s TALK Minda Sihat
                  KKM  telah melancarkan kempen  kesedaran Kesihatan Mental (2020-2022)
                  iaitu  ‘Let’s TALK Minda  Sihat’  pada 17  Oktober  2019  dengan tujuan  untuk
                  menggalakkan masyarakat secara solidariti bercakap tentang kesihatan mental,
                  mengurangkan stigma di samping meningkatkan kesedaran serta tingkah laku
                  dan juga mencari bantuan bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan
                  mental. Strategi pelaksanaan kempen adalah dengan mengadakan kerjasama
                  perkongsian  pintar  antara  agensi  awam,  swasta,  industri,  NGO  dan  badan
                  profesional.

            2.    Perkhidmatan Kesihatan Mental di Kesihatan Primer
                  Sehingga Disember 2019, sebanyak 1,001 klinik kesihatan telah melaksanakan
                  perkhidmatan ini.  Penambahbaikan telah dibuat dalam saringan kesihatan
                  mental untuk mengantikan saringan DASS-21 (sedia ada) kepada saringan Patient
                  Health  Questionaire-9  (PHQ-9)  dan  Generalised  Anxiety  Disorder-7 (GAD-7)
                  yang lebih spesifik bagi mengesan kemurungan dan keresahan dalam kalangan
                  masyarakat. Lima negeri iaitu Kelantan, Perlis, WP Kuala Lumpur & Putrajaya,
                  Selangor dan Negeri Sembilan telah dikenal pasti untuk melaksanakan projek
                  rintis dalam pengunaan saringan baru ini.

            3.    Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial Semasa Bencana
                  (MHPSS)
                  Perkhidmatan  ini  diwujudkan  semenjak  2014  untuk  memberi  perkhidmatan
                  psikososial  kepada  individu  dan  petugas yang terlibat dalam  bencana  atau
                  krisis selari dengan Arahan 20 dalam Majlis Keselamatan Negara. Pada bulan
                  Mac 2019,  berlaku tragedi  Sungai  Kim-Kim berpunca daripada  pembuangan
                  bahan kimia terlarang ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Susulan kejadian
                  ini,  pasukan MHPSS  negeri Johor  telah dimobilisasikan bagi  melaksanakan
                  perkhidmatan MPHSS kepada individu yang terlibat dan anggota kesihatan yang
                  menjalankan tugas.










        LAPORAN TAHUNAN
    76  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91