Page 81 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 81

Rajah 4.1
                        Bilangan Preskripsi yang diterima di Kaunter Farmasi, 2017-2019








              Bilangan Preskripsi













               Sumber: Bahagian Farmasi, KKM

               BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT



               CAWANGAN SURVELANS


               WORLD HEALTH ORGANIZATION JOINT EXTERNAL EVALUATION

               Pada 21 Oktober sehingga 25 Oktober 2019, Malaysia telah menjemput seramai 11
               pakar yang dipilih oleh pihak WHO untuk menilai pelaksanaan IHR 2005 di Malaysia
               meliputi 19 bidang teknikal, yang merangkumi keseluruhan 49 indikator. Pihak penilai
               juga  telah  membuat  lawatan  ke  beberapa  fasiliti  yang  terpilih  daripada  pelbagai
               Kementerian dan agensi.

               Pencapaian Malaysia dalam penilaian tersebut adalah seperti berikut:

                  i.    Malaysia  mempunyai  sistem keselamatan  kesihatan bermatlamat jangka
                        panjang, melalui pembangunan dan pelaksanaan pelan Malaysia Strategy
                        for Emerging Dieases and Public Health Emergencies Workplan (MySED II)
                        dan rangka kerja berkaitan.

                  ii.   Malaysia mempunyai mekanisma yang baik dalam penyelarasan arahan serta
                        kawalan kesiapsiagaan kecemasan kesihatan awam yang melibatkan pelbagai
                        kementerian dan agensi berpandukan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara
                        yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA). Crisis
                        Preparedness  and Response  Centre  (CPRC)  KKM  pula  bertindak  sebagai
                        pusat bagi merancang aktiviti kesiapsiagaan, pengumpulan maklumat serta
                        menyelaras  respon sektor kesihatan.





                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  71
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86