Page 84 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 84

SEKTOR PENYAKIT KARDIOVASKULAR/DIABETES/KANSER


            KUALITI PERKHIDMATAN DIABETES DI KLINIK KESIHATAN
            The National Diabetes Registry (NDR) berfungsi untuk memantau status klinikal pesakit
            diabetes yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan KKM. Pada tahun 2019, 1.6
            juta pesakit diabetes telah didaftarkan dan terdapat 890,855 pesakit diabetes dalam
            rawatan aktif. Lima negeri mencapai sasaran 30 peratus HbA  ≤6.5 peratus; Negeri
            Sembilan, Pahang, Sabah, WP Labuan and WP Kuala Lumpur.     1C

            KUALITI PERKHIDMATAN HYPERTENSION DI KLINIK KESIHATAN

            Pada tahun 2019, satu audit kebangsaan telah dijalankan untuk memantau status
            klinikal  pesakit  yang  mendapatkan  rawatan  hypertension  di klinik  kesihatan KKM.
            Hanya seramai 59.4 peratus  daripada  pesakit yang diaudit  mencapai  sasaran BP
            <140/90  mmHg.  Langkah-langkah  penambahbaikan  seperti  latihan  untuk  pegawai
            perubatan akan dijalankan. Audit Kebangsaan ini akan diteruskan setiap tahun untuk
            mengukuhkan perkhidmatan klinikal pesakit hypertension berdasarkan rekomendasi
            klinikal.



            SALT REDUCTION STRATEGY TO PREVENT AND CONTROL NCD FOR MALAYSIA, 2015
            HINGGA 2020

            Berdasarkan kajian pengambilan garam dalam kalangan populasi (MyCoSS 2017/2018)
            pengambilan  garam  semasa  adalah  7.9 gram/hari.  Penilaian  pertengahan  penggal
            oleh pihak WHO pada tahun 2019 (laporan boleh dimuat-turun dari sesawang KKM)
            menunjukkan  bahawa  dalam  tiga  tahun  pertama,  strategi  ini  memberi  tumpuan
            besar dalam menghasilkan sumber pendidikan pengurangan garam yang tertumpu
            spesifik  kepada  budaya  dan  pemantauan  secara  tepat  pengambilan  garam  oleh
            penduduk serta kandungan garam dalam makanan. Keberkesanan adalah sederhana
            dalam  mewujudkan  mekanisme  untuk  menyampaikan  output tersebut  kepada
            penduduk Malaysia dan melibatkan pengilang makanan untuk membuat reformulasi
            makanan atau melabelkan kandungan  garam dalam makanan yang diproses. Walau
            bagaimanapun,  status  kemajuan  dalam  memastikan  mesej  pengurangan  garam,
            bahan pendidikan dan makanan rendah garam terproses dapat dicapai dan diterima
            pakai oleh penduduk Malaysia adalah masih rendah.


            PROGRAM SARINGAN KANSER KOLOREKTAL KEBANGSAAN
            Program Saringan Kanser Kolorektal menggunakan  immunological  Fecal  Occult
            Blood Test (iFOBT) diikuti dengan kolonoskopi telah dimulakan oleh KKM pada tahun
            2014. Kumpulan sasar ialah individu berumur 50 hingga 75 tahun tanpa mempunyai
            tanda dan gejala. Disebabkan oleh kekangan sumber khususnya aspek perkhidmatan
            kolonoskopi, KKM hanya dapat menyaring kurang dari satu peratus penduduk Malaysia
            yang layak setiap tahun. Pada tahun 2019 seramai 31,452 klien telah disaring dan 8.5
            peratus didapati positif iFOBT serta dirujuk untuk kolonoskopi. Walau bagaimanapun,
            daripada kesemua yang dirujuk, hanya 53.5 peratus menjalani ujian kolonoskopi dan
            daripada jumlah ini, 2.7 peratus disahkan menghidap kanser manakala 24.6 peratus
            dikesan mempunyai polip usus.


        LAPORAN TAHUNAN
    74  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89