Page 88 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 88

1,564 kes berbanding 1,385 kes (2018), peningkatan sebanyak 11.4 peratus. Pada
            tahun 2019, terdapat peningkatan sebanyak 1.8 peratus kes keracunan iaitu 109 kes
            keracunan yang dinotifikasi berbanding 107 (2018). Sejumlah 146 kes occupational
            lung diseases telah dinotifikasi pada tahun 2019 berbanding 167 (2018). Manakala,
            tahun 2019 merekodkan 117 kes occupational skin diseases dinotifikasi berbanding
            107 kes (2018). Pada tahun 2019, sejumlah 24 kes Occupational Noise Induced Hearing
            Loss (NIHL)  dilaporkan berbanding 48 kes (2018).


            Program KOSPEN Plus
            Pada tahun 2019, terdapat sejumlah 223 agensi awam dan swasta yang telah mula
            mengimplementasikan program KOSPEN Plus di  seluruh  negara. Pada tahun  yang
            sama, melalui KOSPEN Plus, sebanyak 10,773 (88.04 peratus) pekerja yang layak, telah
            disaring untuk faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit. Pada tahun 2019 juga, KKM
            telah menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bersama Bintulu Port
            Holding dan AIMST University. Inisiatif Kompleks E-Sihat Sejahtera telah dilancarkan
            pada 19 April 2020 melibatkan empat kementerian iaitu KKM, Kementerian Pendidikan,
            Jabatan  Perpaduan  Negara & Integrasi  Nasional  dan Kementerian Pembangunan
            Usahawan.  Initiatif  Kompleks  E-Sihat  Sejahtera  melibatkan  dua  pasukan  bertindak
            iaitu pasukan bertindak KOSPEN Plus dan pasukan bertindak Inisiatif Hijau.

            PROGRAM KESIHATAN ALAM SEKITAR

            Pemeriksaan Kesihatan Persekitaran Institusi dan Penilaian Risiko Kesihatan
            Laporan EIA
            Sebanyak 1,005 pemeriksaan kesihatan persekitaran institusi telah dilakukan pada
            tahun  2019,  merangkumi  pelbagai  setting  seperti  Depo  Tahanan,  Penjara,  Kem
            Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan pusat jagaan harian bagi warga emas,
            anak yatim, OKU, dan pusat rehabilitasi. Sebanyak 78 laporan Penilaian Kesan kepada
            Alam Sekeliling (EIA) telah disemak pada tahun 2019.

            Bencana: Jerebu, Gelombang Haba dan Banjir
            Unit ini juga memantau trend penyakit berkaitan alam sekitar akibat bencana alam,
            pencemaran  udara dan  gelombang  panas.  Sebanyak 34 penyakit yang berkaitan
            dengan cuaca panas dilaporkan pada tahun 2019. Terdapat dua (2) episod banjir yang
            berlaku dengan bilangan mangsa 37,678 orang dan satu (1) kematian. Pemantauan
            kumulatif kes penyakit berkaitan jerebu iaitu penyakit Asthma, Conjunctivitis, dan
            URTI yang dipantau dari Minggu Epid 27 hingga 39 tahun 2019 di 33 klinik sentinel
            terjejas jerebu adalah 16,148, 3745 dan 106,189 kes masing-masing.


            SEKTOR HUMAN IMMUNODEFICIENCY VIRUS (HIV)/SEXUAL
            TRANSMITTED INFECTION (STI)/HEPATITIS C

            Pada  peringkat  awal  wabak  HIV,  faktor  risiko  utama  jangkitan  adalah  melalui
            perkongsian  jarum  suntikan  dalam  kalangan  pengguna  dadah  suntikan.    Walau
            bagaimanapun,  terdapat perubahan  taburan faktor risiko antara tahun  2000  dan
            2019, di mana nisbah penggunaan dadah suntikan/transmisi seksual telah menurun
            dari 4.00 ke 0.05.  Penurunan tersebut adalah hasil daripada program pengurangan
            kemudaratan  yang  berjaya dilaksanakan  oleh  KKM  semenjak tahun  2006.   Kini,



        LAPORAN TAHUNAN
    78  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93