Page 92 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 92

PROGRAM SARINGAN PENYAKIT TB
            Pada tahun 2019, sejumlah 177,121 kontak kepada Indeks Kes Tibi telah diperiksa
            semasa  lawatan  pertama  dan  sejumlah  532  Kes  Baru  Tibi  telah  didiagnosis  dan
            dirawat.


            ANALISA HASIL RAWATAN TB
            Kadar Sukses Rawatan Tibi merupakan indikator penting dalam KPI Program Kawalan
            Tibi  Kebangsaan.  Pada  tahun  2019,  Kadar  Sukses  Rawatan  Tibi  bagi  warganegara
            adalah 87 peratus (sasaran 90 peratus) dan bukan warganegara adalah 77 peratus
            (sasaran 75 peratus).



            SEKTOR PENYAKIT PENCEGAHAN VAKSIN  DAN PENYAKIT BAWAAN
            MAKANAN DAN AIR


            POLIOMYELITIS
            Pada  tahun  2019,  Malaysia  dikejutkan  dengan  kejadian  wabak  vaccine-derived
            poliovirus type 1 (VDPV1) selepas tiga kes disahkan berlaku di Sabah oleh WHO Polio
            Regional Reference Laboratory di Australia. Lima (5) sampel survelan persekitaran
            untuk poliovirus turut dikesan vaccine-derived poliovirus type 1 dan type2 (VDPV2).
            Kesemua  isolat  virus  yang  dikesan  di  Sabah  ini  mempunyai  perkaitan  genetik
            dengan virus polio yang dikesan di Filipina, yang turut mengalami wabak polio sejak
            September 2019. Susulan wabak polio diisytiharkan berlaku di Sabah, survelan Acute
            Flaccid Paralysis (AFP) di Malaysia telah diperkukuhkan dengan sasaran kadar non-
            polio  AFP  ditingkatkan  kepada  2  kes  per  100,000  penduduk  berumur  bawah  15
            tahun bagi seluruh Malaysia dan semua negeri, kecuali bagi Sabah, di mana sasaran
            ditingkatkan kepada tiga (3) kes per 100,000 penduduk berumur bawah 15 tahun.
            Survelan persekitaran untuk pengesanan virus polio  juga diperluaskan ke  semua
            daerah di Sabah dan semua negeri di Malaysia. Sebagai salah satu langkah kawalan
            dan  pencegahan  wabak  polio  di  Sabah,  aktiviti  imunisasi  tambahan  dilaksanakan
            bermula 27 Disember 2019 melalui Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS), dengan
            menyasarkan pemberian dua dos vaksin oral polio bivalent (bOPV) dan monovalent
            type 2 (mOPV2) kepada semua kanak-kanak berusia bawah 13 tahun di seluruh Sabah,
            tidak mengira status kewarganegaraan.


            MEASLES
            Pada tahun 2019, telah berlaku wabak Measles dalam kalangan Orang Asli suku Bateq
            di  Kuala  Koh,  Gua  Musang, Kelantan, yang melibatkan  110 kes disahkan  Measles
            dengan 11 kes kematian di Kelantan. Wabak tersebut turut melibatkan 44 kes disahkan
            measles dengan satu kematian di Terengganu, manakala di Pahang pula, sebanyak 4
            kes disahkan measles telah dikesan dalam kalangan Orang Asli. Walau bagaimanapun,
            secara keseluruhan, sebanyak 1,060 kes measles dilaporkan dengan kadar insiden
            32.3 per 1 juta penduduk, penurunan berbanding 1,958 kes (kadar insiden 59.5 per
            1 juta penduduk) pada tahun 2018. Sebanyak 13 kematian measles dilaporkan pada
            tahun 2019 berbanding 6 kematian pada tahun 2018.



        LAPORAN TAHUNAN
    82  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97