Page 94 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 94

SEKTOR PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

            DENGGI

            Pada tahun 2019, sebanyak 130,101 kes Demam Denggi dilaporkan berbanding 80,615
            kes bagi tempoh yang sama tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 61.4 peratus
            (49,486  kes). Kadar insiden  kes Demam  Denggi bagi tahun  2019  adalah  390  bagi
            setiap 100,000 penduduk berbanding tahun 2018 iaitu 245 kes bagi setiap 100,000
            penduduk. Bagi kematian, sebanyak 182 kematian telah dilaporkan pada tahun 2019
            berbanding  147  kematian  bagi  tempoh  yang  sama  tahun  2018,  iaitu  peningkatan
            sebanyak 23.8 peratus (35 kematian). Kadar kematian kes pula adalah sebanyak 0.14
            peratus pada tahun 2019 berbanding 0.18 peratus pada tahun 2018.

            Analisis kejadian kes Denggi pada tahun 2019 juga mendapati sebanyak 68 peratus
            kes Demam Denggi dan 36 peratus kematian Demam Denggi berlaku di Lembah Klang
            yang melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Putrajaya.
            Analisa juga mendapati 88 peratus daripada kes yang dilaporkan berlaku di kawasan
            bandar  dan  86  peratus  lokaliti  wabak  mempunyai  indeks  pembiakan  Aedes yang
            melebihi tahap yang ditetapkan oleh WHO iaitu 1 peratus.


            CHIKUNGUNYA
            Pada tahun 2019, sebanyak 990 kes Chikungunya dilaporkan berbanding 87 kes pada
            tahun 2018. Tiga negeri yang menunjukkan bilangan kes tertinggi adalah di Negeri
            Perak (635 kes), Selangor (198 kes) dan kelantan (74 kes).  Tiada kematian Chikungunya
            dilaporkan pada tahun 2019.


            PROGRAM ELIMINASI MALARIA
            Malaysia telah menetapkan sasaran bagi mencapai status eliminasi malaria menjelang
            tahun  2020  seperti  yang  ditetapkan  oleh  Badan  Kesihatan  Sedunia  (WHO).  Pada
            tahun 2018 Malaysia berjaya mencapai sasaran ‘Sifar’ malaria manusia indigenous
            (jangkitan tempatan) buat pertama kalinya dan berjaya mengekalkan status ini pada
            tahun 2019. Pada tahun 2019, dua belas (12) daripada 15 buah negeri di Malaysia telah
            mencapai ‘Sifar’ malaria manusia indigenous (jangkitan tempatan) untuk sekurang-
            kurangnya  tiga  (3)  tahun  berturut-turut.  Pencapaian  ini  mengekalkan  kedudukan
            Malaysia untuk terus berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran eliminasi
            malaria  menjelang tahun  2020. Walau  bagaimanapun, pada  tahun  2019  Malaysia
            telah melaporkan 96 kes malaria manusia introduced (jangkitan tempatan generasi
            pertama  yang berpunca dari kes  manusia  import) dan 620  kes  malaria manusia
            import. Bilangan kes malaria zoonotic telah menunjukkan penurunan sebanyak 22
            peratus daripada  4131  kes  pada tahun  2018  kepada 3222  kes  pada tahun  2019.
            Terdapat enam (6) kematian malaria yang kesemuanya melibatkan jangkitan malaria
            zoonotik. Program Eliminasi Malaria di Malaysia menekankan pelaksanaan strategi
            pencegahan kemasukan semula jangkitan malaria manusia (malaria re-introduction)
            yang merupakan salah satu keperluan utama dalam pensijilan eliminasi malaria. Di
            samping itu, kesemua negeri di Malaysia juga telah memulakan penyediaan dossier
            eliminasi  malaria  serta mengemaskini  dokumentasi  eliminasi  malaria  di  semua
            peringkat bagi menghadapi Audit Pensijilan Eliminasi Malaria yang dijadualkan pada
            tahun 2021.


        LAPORAN TAHUNAN
    84  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99