Page 95 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 95

PROGRAM ELIMINASI FILARIASIS LIMFATIK KEBANGSAAN
               Malaysia  sedang  melaksanakan  Program  Eliminasi  Filariasis  Limfatik  Kebangsaan
               seperti  yang  ditetapkan  oleh  WHO.  Terdapat  127  mukim  endemik  (IU)  dengan
               kadar mikrofilaria melebihi satu (1) peratus di lapan (8) negeri iaitu Kedah, Perak,
               Johor,  Pahang,  Terengganu,  Kelantan,  Sabah  dan  Sarawak.  Sehingga  tahun  2019,
               106 daripada 127 IU telah mencapai prevalen mikrofilaria kurang daripada satu (1)
               peratus manakala baki 20 IU telah tamat pusingan pemberian ubat secara beramai-
               ramai (MDA) dan di dalam fasa post-MDA surveillance.

               Susulan kegagalan Transmission Assessment Survey (TAS-2) di IU Debak pada tahun
               2018,  pusingan  tambahan MDA menggunakan  triple drug  regiment  Ivermectin  +
               Diethylcarbamazine + Albendazole (IDA) telah dilaksanakan pada tahun 2019 seperti
               yang disyorkan oleh WHO dan pusingan kedua akan dijalankan pada tahun 2020.


               JAPANESE ENCEPHALITIS
               Pada tahun 2019, terdapat 36 kes JE yang dilaporkan di Malaysia, meningkat lapan (8)
               kes (28.6 peratus) berbanding 28 kes pada 2018. Sarawak menyumbangkan jumlah
               tertinggi dengan 11 kes (30.6 peratus); diikuti oleh Sabah 10 kes (27.8 peratus), Perak
               empat (4) kes (11.1 peratus), Kedah empat (4) kes (11.1 peratus), Negeri Sembilan
               tiga (3) kes (8.3 peratus), Terengganu dua (2) kes (5.6 peratus) dan masing-masing
               satu (1) kes (2.8 peratus) di Kelantan dan Pahang. Terdapat empat (4) kematian yang
               direkodkan tahun lalu iaitu dua (2) kes di Sarawak dan masing-masing satu (1) kes
               di Perak dan Negeri Sembilan. Kadar insiden (IR) meningkat dari IR 0.08 bagi setiap
               100,000 penduduk pada tahun sebelumnya kepada IR 0.11 pada tahun 2019.


               BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA


               KESIHATAN IBU


               Liputan perkhidmatan kesihatan ibu hamil di Malaysia melebihi 95 peratus sejak tahun
               2010. Penjagaan ini meliputi lawatan antenatal (sekurang-kurangnya satu lawatan),
               kelahiran selamat dan lawatan rumah lepas bersalin. Pencapaian bagi tahun 2019
               bagi liputan penjagaan tersebut adalah 97.9 peratus, 99.8 peratus dan 110.9 peratus.
               Purata lawatan ibu hamil ke klinik untuk sesi antenatal ialah  11.5 kali.

               Penurunan nisbah kematian ibu (MMR) di Malaysia sejak 50 tahun yang lalu amat
               membanggakan. Walau bagaimanapun, selepas tahun 2000, situasi lebih mencabar
               untuk menurunkan lagi nisbah kematian (MMR). MMR menunjukkan tren peningkatan
               mendadak pada  tahun  2016 iaitu  MMR 29.1 dan  kembali  turun  kepada  23.5 per
               100,000  kelahiran  hidup  pada  2018.  Lima  penyebab  utama  kematian  ibu  ialah
               Associated  Medical  Conditions,  Postpartum  Haemorrhage,  Pulmonary  Embolism,
               Hypertensive Disorders in pregnancy dan Amniotic Fluid Embolism.









                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  85
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100