Page 13 - Petunjuk Kesihatan 2021
P. 13

2.5  Kadar mortaliti kanak-kanak
                         Merujuk kepada kematian kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun kepada setiap 1,000 jumlah penduduk
                         berumur 1-4 tahun


                   2.6  Kadar mortaliti kurang daripada 5 tahun
                         Merujuk kepada kematian bayi dan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun kepada setiap
                         1,000 kelahiran hidup


                   2.7  Nisbah mortaliti ibu bersalin
                         Merujuk kepada kematian yang disebabkan oleh kesulitan semasa hamil atau semasa melahirkan anak
                         atau kematian dalam tempoh 42 hari selepas bersalin  kepada setiap 100,000 kelahiran hidup

                   2.8  Jumlah nisbah tanggungan
                         Merujuk kepada nisbah bilangan penduduk yang berumur bawah 15 tahun dan yang berumur 65 tahun
                         dan ke atas kepada bilangan penduduk yang berumur 15-64 tahun.

                   2.9  Nisbah jantina
                         Merujuk kepada bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan.


                   2.10  Jangkaan hayat ketika lahir
                         Merujuk kepada jangkaan purata bilangan tahun seseorang bayi yang baru lahir akan hidup dengan
                         mengandaikan corak kadar kematian umur tertentu yang tetap


              3.  Institusi Perubatan Khas

                   Merujuk kepada Pusat Kawalan Kusta Negara (1), Institusi Perubatan Respiratori (1), Hospital Rehabilitasi (1),
                   Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (2), Institusi Kanser Negara (1), Institusi Psikiatri (4) dan Pusat Jantung
                   Sarawak (1).



 PETUNJUK KESIHATAN                                                      13                                        PETUNJUK KESIHATAN
 HEALTH INDICATORS                                                                                                  HEALTH INDICATORS
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18