Page 12 - E buletin Oktober 2019
P. 12
Let’s TALK Minda Sihat
ementerian Kesihatan Malaysia
telah melancarkan kempen
kesihatan peringkat kebangsaan,
K‘Let’s TALK Minda Sihat’ bagi
menanggani isu kesihatan mental yang kian
meningkat. Ia dilancarkan oleh YB Datuk
Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
Malaysia bersempena dengan Sambutan
Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat
Kebangsaan 2019 bertemakan “Sayangi
Nyawa Hidupkan Harapan” di Institut Latihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 10
Oktober 2019. Kempen ini dijalankan bagi
memberi galakkan dan membantu individu
yang bermasalah untuk bercakap dan
berbincang dengan orang yang mereka
percaya untuk mendapatkan bantuan secara
profesional. Dalam hal ini Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama
dengan pihak berkepentingan bagi
mewujudkan kiosk Let’s TALK di peringkat
komuniti, kekerapan dengan mengadakan
publisiti di media dan juga bekerjasama
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam Pertandingan Video Pendek,
Bicara Berirama dan Pertandingan Mural.
Dalam perkembangan ini, KKM juga akan
terus meningkatkan hubungan kerjasama
dengan mengalu-alukan penglibatan
daripada kementerian dan agensi lain untuk
lebih aktif melaksanakan aktiviti advokasi
kesihatan mental menggunakan jenama
(branding), logo LET’s TALK Minda Sihat
dan meletakkan ‘#letstalkmindasihat’ dalam
media sosial agensi masing-masing.
09 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019