Page 13 - E buletin Oktober 2019
P. 13

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan

                                     ke Hospital Sultanah Nur Zahirah

                                     Kuala Terengganu






                  B  Dr.  Lee  Boon  Chye,  Timbalan
                  Menteri Kesihatan Malaysia telah
                  membuat lawatan kerja ke Hospital
        YSultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala
        Terengganu  pada  17  Oktober  2019.  Susulan
        lawatan ini, YBTMK juga berkesempatan untuk
        melawat Blok Psikiatrik, HSNZ yang sedang
        dalam pembinaan dan dijangka siap pada
        hujung  tahun 2019.  Projek  yang mengalami
        beberapa fasa kelewatan akan diberi perhatian
        agar perkhidmatan dan kemudahan kesihatan
        ini  dapat  diberikan  kepada  rakyat  Kuala
        Terengganu secara menyeluruh. Walaupun
        berdepan dengan pelbagai jenis kekangan
        dan cabaran, warga KKM tetap memberi
        komitmen penuh dalam melaksanakan tugas
        mereka.  YBTMK berkesempatan berkongsi
        kebanggaan dua pencapaian HSNZ yang telah
        berjaya melakukan pembedahan  Ex-Utero
        Intrapartum Treatment (EXIT) pertama di negeri
        Terengganu yang berjaya menyelamatkan
        nyawa janin berusia 37 minggu serta kejayaan
        bagi perkhidmatan IVF HSNZ dengan kaedah
        frozen embryo transfer.





















                                                                                     E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019  10
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18