Page 115 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 115

PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH

               Sejak 2017, aktiviti pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah
               telah menggunakan kriteria pemantauan  baharu  iaitu  pemantauan  terhadap
               senarai makanan dan minuman yang boleh dijual dan dilarang untuk dijual. Pegawai
               Pemakanan,  Pegawai  Kesihatan  Persekitaran  dan  Penolong  Pegawai  Kesihatan
               Persekitaran    memberi  bimbingan  secara  berterusan  kepada  pengusaha  kantin
               semasa aktiviti pemantauan dijalankan. Pada tahun 2019, liputan aktiviti pemantauan
               penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah adalah sebanyak 4,957 buah (59.8
               peratus) sekolah daripada jumlah keseluruhan 8,288 buah sekolah. Sekolah-sekolah
               ini telah dilawati pada tahun 2017 dan 2018 dan lawatan pada tahun 2019 merupakan
               lawatan susulan dengan tujuan bimbingan secara berterusan. Pada tahun lalu, Labuan
               mencapai liputan pemantauan tertinggi iaitu 100 peratus (26 buah sekolah) manakala
               liputan terendah adalah Perlis iaitu 15.0 peratus (16 buah sekolah).

                                                   Rajah 4.16
                 Liputan Sekolah Yang Dipantau Terhadap Penjualan Makanan Dan Minuman Di
                                        Kantin Sekolah Bagi Tahun 2019

























               Sumber: Reten KSS5 pind.1, 2017 Jabatan Kesihatan Negeri, 2019

               LATIHAN KATERING SIHAT

               Latihan Katering Sihat disasarkan kepada pengusaha dan pengendali makanan dan
               bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai makan secara sihat
               dan amalan penyediaan makanan yang bersih, sihat dan selamat. Pada tahun 2019,
               kesemua  118  daerah/  kawasan/  bahagian  telah  menjalankan  sekurang-kurangnya
               dua  Latihan  Katering  Sihat  di  peringkat  masing-masing.  Di  peringkat  Ibu  Pejabat
               Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (IPKKM),  dua  latihan  juga  telah  diadakan  yang
               melibatkan pengusaha dan pengendali  makanan di  premis kementerian di sekitar
               Putrajaya.








                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  105
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120