Page 116 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 116

PENGIKTIRAFAN KAFETERIA SIHAT

            Kafeteria Sihat merupakan antara inisiatif KKM dalam menyediakan persekitaran yang
            menyokong  amalan  pemakanan  sihat,  berkhasiat,  bersih  dan  selamat.  Inisiatif  ini
            wajib dilaksanakan di semua kafeteria di bawah fasiliti KKM dan turut diperluaskan ke
            kementerian-kementerian lain dan juga swasta. Sehingga kini, sebanyak 246 premis
            makanan  telah  diberikan  pengiktirafan  sebagai  Kafeteria  Sihat.  Pada  tahun  2019,
            sebanyak 80 kafeteria telah diberi pengiktirafan sebagai Kafeteria Sihat. Antaranya
            ialah tiga buah kafeteria di Universiti Malaysia Pahang (kampus utama), Universiti
            Malaysia Pahang (Kampus Gambang) dan AIMST University, Bedong, Kedah dan dua
            kafeteria di kementerian lain iaitu di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
            Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

            CAWANGAN KOMUNITI & INTER AGENSI


            INISIATIF LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT MALAYSIA

            Inisiatif Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL) Malaysia telah dimulakan
            pada  20  April  2017.  Inisiatif  ini  adalah  selari  dengan  dengan  strategi-strategi  di
            bawah  Pelan  Tindakan  Pemakanan  Kebangsaan  Malaysia  (National  Plan  of  Action
            for Nutrition of Malaysia, NPANM) III 2016 – 2025 yang menggalakkan pemakanan
            sihat dan gaya hidup aktif. Produk makanan dan minuman yang diberi pengesahan
            penggunaan Logo HCL merupakan produk yang lebih sihat berbanding dengan produk
            lain dalam kategori yang sama dan memenuhi kriteria nutrien yang telah ditetapkan
            oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif HCL Malaysia ialah untuk membantu
            pengguna membuat pilihan yang bijak dengan hanya merujuk kepada label hadapan
            bungkusan produk seterusnya mengenal pasti produk yang lebih sihat dalam kategori
            yang sama. Selain itu, HCL turut menggalakkan pihak industri makanan dan minuman
            menjalankan reformulasi dan menyediakan produk yang lebih sihat di pasaran.

            Jawatankuasa Pakar HCL telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk menyemak
            semula kriteria nutrien HCL semenjak tahun 2018. Bermula 1 April 2019, permohonan
            pengesahan penggunaan Logo HCL adalah berpandukan kriteria nutrien HCL yang
            baru. Sebanyak dua ratus sebelas (211) produk makanan dan minuman telah diberi
            pengesahan penggunaan Logo HCL sehingga 31  Disember  2019.  Pelaksanaan dan
            pemantapan  inisiatif  HCL  Malaysia  memerlukan  sokongan  dan  usaha  berterusan
            daripada semua pihak. Promosi dan advokasi HCL turut dijalankan dari semasa ke
            semasa  bagi meningkatkan kesedaran dan  kefahaman pengguna terhadap HCL
            Malaysia.

            POLISI LARANGAN MENGIKLAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG TINGGI
            KANDUNGAN LEMAK, GARAM DAN GULA

            Polisi Larangan Mengiklan Makanan dan Minuman yang Tinggi Kandungan Lemak,
            Garam dan Gula yang Boleh Menarik Perhatian Kanak-Kanak merupakan salah satu
            polisi di bawah Jawatankuasa Kabinet Bagi Persekitaran Hidup Yang Sihat (JPKHS).
            Polisi ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Februari 2017 dan 1
            November 2018. Malaysia Nutrient Profile List For Food Marketing telah dibentuk oleh



        LAPORAN TAHUNAN
    106  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121