Page 119 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 119

KEMPEN MEDIA SOSIAL DAN APLIKASI TELEFON PINTAR ‘MYNUTRIDIARI 2’ (MND 2)

               Seiring  dengan perkembangan teknologi  semasa,  Advokasi
               dan  promosi pemakanan turut dipergiat menggunakan
               platform media sosial. Antara media sosial yang digunakan
               adalah Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube Channel.
               Sehingga Disember  2019,  laman rasmi Facebook Bahagian
               Pemakanan telah mencapai sebanyak 92,000 orang pengikut,
               Instagram  (7000),  Twitter  (2000) dan  Youtube  Channel
               (355  suscribers).   Selain  itu, aplikasi  telefon  pintar turut
               diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘MyNutriDiari 2’ (MND2).
               Aplikasi MND2 diharap dapat membantu pengguna memantau jumlah  kalori  bagi
               makanan dan minuman yang diambil. Sehingga Disember 2019, lebih dari 127,000
               pengguna  telah memuat turun aplikasi ini.


               BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

               Bahagian  Pendidikan  Kesihatan  (BPK)  telah  melaksanakan  pelbagai  inisiatif  and
               aktiviti  promosi  kesihatan  menerusi  kempen  kesedaran  dan  intervensi  cara  hidup
               sihat semenjak tahun 1991 sehingga kini. Sebagai peneraju utama dalam pelaksanaan
               aktiviti  promosi  kesihatan  kebangsaan,  BPK  memberi  fokus  kepada  kempen  dan
               promosi  kesihatan yang berasaskan kepada pemupukan  budaya cara hidup  sihat
               menerusi peningkatan literasi kesihatan dan perubahan tingkah laku yang berkekalan.
               Pelaksanaan program promosi kesihatan tersebut  berlandaskan kepada enam (6)
               inisiatif utama iaitu:


                   i.  Inisiatif Celik Kesihatan
                   ii.  Inisiatif Hidup Aktif
                   iii.  Inisiatif Komunikasi Risiko
                   iv.  Inisiatif Bebas Asap Rokok dan Modifikasi Tingkah Laku
                   v.  Inisiatif Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan dan Komuniti
                   vi.  Inisiatif Persekitaran yang Menyokong Hidup Sihat

               INISIATIF CELIK KESIHATAN

               BPK telah menyediakan akses ke portal www.infosihat.gov.my dan www.myhealth.
               gov.my serta mengoptimumkan penggunaan media sosial dan media konvensional
               sebagai saluran popular menyampaikan mesej-mesej kesihatan kepada masyarakat.
               Landasan Facebook, Instagram, Twitter, Telegram, Youube, radio dan televisyen telah
               digunakan bagi mencetuskan advokasi sosial dalam konteks kesihatan (Rajah 4.18).
               Pada tahun  2019,  BPK  telah menerbitkan E-Majalah  Kesihatan (Edisi  MyHEALTH)
               sebanyak enam (6) keluaran (Rajah 4.19).












                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  109
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124