Page 117 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 117

Jawatankuasa Penetapan Kriteria Nutrien bagi Polisi Larangan Mengiklan Makanan
               dan Minuman yang Tinggi Kandungan Lemak, Garam dan Gula. Terdapat 15 kategori
               makanan dan 40 sub-kategori makanan dalam Malaysia Nutrient Profile List tersebut.
               WHO Nutrient Profile Model For The Western Pacific Region telah digunakan sebagai
               rujukan utama dalam pembentukan Nutrient Profile List tersebut. Jawatankuasa ini
               juga telah meneliti maklumbalas dan cadangan pihak-pihak yang berkaitan berhubung
               penetapan kriteria nutrien Larangan Mengiklan Makanan dan Minuman yang Tinggi
               Kandungan Lemak, Garam dan Gula melalui beberapa siri mesyuarat yang sepanjang
               Mac hingga Mei 2019.

               Pada 4 hingga 6 September  2019,  satu Mesyuarat Pembentukan Garis Panduan/
               Resolusi Larangan Mengiklan Makanan dan Minuman yang Tinggi Kandungan Lemak,
               Garam dan Gula telah diadakan di Port Dickson. Mesyuarat ini melibatkan pelbagai
               agensi dan kementerian. Hasil daripada mesyuarat tersebut, satu Resolusi Larangan
               Mengiklan Makanan dan Minuman yang Tinggi Kandungan Lemak, Garam dan Gula
               telah  dibentuk  dan  diserah  secara  rasmi  kepada  Ketua  Setiausaha  Kementerian
               Komunikasi  dan  Multimedia  Malaysia  pada  11  November  2019  untuk  tujuan
               pelaksanaan.


               PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN TRIM & FIT

               Program Pengurusan  Berat Badan  Trim  &  Fit anjuran Bahagian  Pemakanan,
               Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan satu (1) program intervensi yang telah
               diadakan sejak tahun 2012 kepada penjawat awam berlebihan berat badan serta obes.
               Tahun 2019 merupakan siri ketujuh program ini diadakan dan seramai enam puluh
               lapan (68) orang penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan di Putrajaya seperti
               Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Perdana
               Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Agama Islam
               Wilayah Persekutuan  telah menyertai program  ini.  Program  ini  telah berlangsung
               selama enam (6) bulan dari bulan Mac hingga September 2019 melibatkan pelbagai
               aktiviti seperti Seminar Trim & Fit, sesi runding cara pemakanan, senaman mingguan,
               Kembara  Pemakanan  Sihat  di  Pasaraya,  pendakian  Bukit  Batu  Putih,  aquarobik,
               demonstrasi masakan, Walk & Hunt Trim & Fit dan Trim & Fit Fun Walk.

               Rajah 10 menunjukkan, sepanjang enam (6) bulan intervensi dijalankan, 62 peserta
               (91.2 peratus) telah berjaya menurunkan berat badan dengan penurunan berat badan
               tertinggi sebanyak 20.2 peratus iaitu 13.7kg daripada berat badan asal dan mencapai
               Indeks Jisim Tubuh (IJT)  yang normal. Pada pra-program, 29 orang (42.6 peratus)
               obes 39 orang (57.4 peratus) adalah berlebihan berat badan. Selepas enam (6) bulan
               intervensi (pasca program), bilangan peserta obes telah menurun kepada 21 orang
               (30.9  peratus)  manakala  berlebihan  berat badan  adalah  41 orang (60.3  peratus).
               Terdapat enam (6) orang peserta (8.8 peratus) berjaya mencapai berat badan normal.













                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  107
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122