Page 118 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 118

Rajah 4.17
                  Peratus Kategori Indeks Jisim Tubuh (IJT) Peserta Pra Dan Pasca Program


























            Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM

            INISIATIF PEMERKASAAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU (PIBG) BAGI MENANGANI
            MASALAH OBESITI  DALAM KALANGAN  MURID SEKOLAH: CARA HIDUP ANDA
            TERBAIK (C-HAT)

            Inisiatif  C-HAT  (Cara  Hidup  Anda  Terbaik)  dilaksanakan  bermula  pada  tahun  2016
            hingga 2018. Inisiatif ini merupakan kolaborasi pintar bersama Kementerian Pendidikan
            Malaysia (KPM) sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah obesiti dalam
            kalangan pelajar sekolah. Inisiatif ini menggunakan PIBG yang dilatih sebagai duta atau
            agen perubahan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah amalan pemakanan dan
            gaya hidup sihat. Strategi yang digunakan dalam pelaksanaan inisiatif ini termasuklah
            meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ibu bapa serta guru mengenai kepentingan
            pemakanan sihat dan aktiviti fizikal seterusnya menterjemahkan pengetahuan yang
            diperolehi  dengan mengamal dan membudayakan amalan pemakanan sihat dan
            aktiviti fizikal secara berterusan di sekolah dan di luar sekolah.

            Secara  kumulatif, sebanyak lapan  ribu  empat  ratus  dua  puluh  enam  (8,426) buah
            sekolah (82.6 peratus) dan tujuh belas ribu enam puluh dua orang (17,062) ahli PIBG
            telah dilatih dari tahun 2016 hingga 2018 di seluruh Malaysia. Tiga (3) siri Mesyuarat
            Pengukuhan Inisiatif C-HAT telah dijalankan pada tahun 2018 iaitu di Ipoh, Perak bagi
            Zon Utara & Tengah, di Johor Bahru, Johor bagi Zon Selatan dan di Kuantan, Pahang
            bagi Zon Timur. Lima (5) siri Mesyuarat Pengukuhan Inisiatif C-HAT telah dijalankan
            pada tahun 2019 di Sabah, Sarawak serta Labuan. Hasilnya, dua ratus lapan (208) orang
            Jurulatih Utama Negeri (JUN) telah dilatih di seluruh Malaysia dan akan menggerakkan
            Pelan Tindakan C-HAT negeri masing-masing. Selain itu, pelbagai aktiviti C-HAT telah
            dijalankan di banyak sekolah seperti Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS),
            Program Pengurusan Berat Badan, aktiviti pemakanan, aktiviti fizikal, saringan berat
            badan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.





        LAPORAN TAHUNAN
    108  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123