Page 12 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 12

PENGENALAN

            Rakyat  Malaysia  hari  ini  secara  umumnya  adalah  lebih  sihat  dan  lebih  produktif.
            Tahap kesihatan menyeluruh yang tercapai merupakan salah satu petunjuk kejayaan
            negara.  Kesihatan yang baik membolehkan rakyat Malaysia  mengecapi  kehidupan
            yang produktif dan lebih bermakna di samping turut menyumbang kepada kepada
            kemakmuran dan kestabilan sosial secara keseluruhan.

            STRUKTUR PENDUDUK

            Jumlah  penduduk  Malaysia pada  tahun  2019  adalah  32.58 juta orang dengan
            kadar pertumbuhan tahunan 2018/2019 sebanyak 0.61 peratus. Jumlah penduduk
            pada tahun 2019 meningkat sebanyak 0.20 juta berbanding 32.38 juta pada 2018.
            Taburan penduduk  menunjukkan Selangor mempunyai jumlah  penduduk  paling
            ramai iaitu sebanyak 6.53 juta, manakala Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan
            jumlah penduduk paling rendah sebanyak 0.09 juta. Wilayah Persekutuan Putrajaya
            merekodkan kadar pertumbuhan populasi tahunan tertinggi sebanyak 6.55 peratus,
            sementara Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur  merekodkan kadar pertumbuhan
            populasi tahunan yang menurun sebanyak 0.52 peratus (Jadual 1.1).

                                                Jadual 1.1
                 Penduduk dan Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan mengikut Negeri,
                                         Malaysia, 2018 dan 2019

                                               Penduduk (‘000)          Kadar Pertumbuhan
               Bil.         Negeri                                       Populasi Tahunan
                                               2018         2019 e
                                                                          2018/2019 (%)
                1.     Johor                     3,749.4     3,764.3           0.40
                2.     Kedah                     2,163.0     2,180.6           0.81
                3.     Kelantan                  1,860.5     1,885.7           1.35
                4.     Melaka                     922.4        930.7            0.89
                5.     Negeri Sembilan           1,122.9     1,130.3           0.65
                6.     Pahang                    1,664.7     1,674.6           0.59
                7.     Pulau Pinang              1,762.8     1,774.6           0.67
                8.     Perak                     2,503.5     2,512.1           0.34
                9.     Perlis                     253.5        254.4           0.34
               10.     Selangor                  6,475.0     6,528.4           0.82
               11.     Terengganu                1,228.3     1,245.7           1.41
               12.     Sabah                     3,898.4     3,903.4           0.13
               13.     Sarawak                   2,791.7     2,812.8           0.75
               14.     W.P. Kuala Lumpur         1,790.0     1,780.7           -0.52
               15.     W.P. Labuan                 99.0         99.3           0.32
               16.     W.P. Putrajaya              97.2        103.8           6.55
                       MALAYSIA                32,382.3     32,581.4           0.61
            Nota: 1.  Anggaran penduduk semasa 2018 dan 2019.
                      2.   Jumlah mungkin berbeza disebabkan pembundaran angka.
                      3.      .e  - anggaran
            Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia (www.dosm.gov.my/Population Quick Info)


        LAPORAN TAHUNAN
     2  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17