Page 15 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 15

KEMATIAN

               Data kematian merupakan sumber yang berguna dalam pengukuran tahap kesihatan.
               Data  ini  menunjukkan  tahap  kesihatan  komuniti  secara  komprehensif  kerana  ia
               melibatkan setiap individu.

               Trend kadar kematian kasar (CDR), kadar kematian neonatal (NMR), kadar kematian
               bayi (IMR) dan nisbah kematian ibu bersalin (MMR) di Malaysia bagi tempoh 1990
               hingga  2018  adalah  seperti  di  Rajah  1.2. Bagi tempoh 1990  hingga 2018,  kadar
               kematian kasar di Malaysia telah meningkat daripada 4.6 bagi setiap 1,000 penduduk
               pada tahun 1990 kepada 5.3 bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2018. Peningkatan
               juga  ditunjukkan  dalam  nisbah  kematian  ibu  bersalin  daripada  18.6  bagi  setiap
               100,000 kelahiran hidup pada tahun 1990 kepada 23.5 bagi setiap 100,000 kelahiran
               hidup pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, kadar kematian neonatal dan kadar
               kematian bayi menunjukkan penurunan masing-masing daripada 8.5 kepada 4.6 bagi
               setiap 1,000 kelahiran hidup dan 13.1 kepada 7.2 bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.

               Trend bagi kadar kematian yang lain dari tahun 2011 hingga 2018 ditunjukkan dalam
               Jadual 1.3.

                                                    Rajah 1.2
                                   Kadar Kematian di Malaysia, 1990 hingga 2018

























               Nota:
               CDR:  Crude Mortality Rate
               NMR: Neonatal Mortality Rate
               IMR: Infant Mortality Rate
               MMR: Maternal Mortality Rate
               Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia












                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  5
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20