Page 13 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 13

Secara keseluruhan, Malaysia sebahagian  besarnya adalah  bandar  dengan 76.2
               peratus  penduduk  tinggal  di  kawasan  bandar,  manakala  23.8  peratus  penduduk
               tinggal di kawasan luar bandar (Jadual 1.2). Pada tahun 2019, penduduk ekonomi-aktif
               (penduduk dalam kumpulan umur bekerja) iaitu penduduk yang berumur 15 hingga
               64 tahun adalah seramai 22.8 juta atau 70.0 peratus daripada jumlah keseluruhan
               penduduk. Manakala penduduk umur muda dan tua masing-masing adalah 7.6 juta
               (23.3 peratus) dan 2.2 juta (6.7 peratus).


                                                   Jadual 1.2
                                       Statistik Berkaitan Penduduk, 2019 e


                                                                                   % daripada
                                                                    Bilangan
                 Bil.                 Penduduk                                        jumlah
                                                                      (‘000)
                                                                                    penduduk
                  1.   Lelaki                                          16,830.6        51.7
                  2.   Perempuan                                       15,750.8        48.3
                  3.   Bandar                                          24,817.0        76.2
                  4.   Luar bandar                                      7,764.4        23.8
                  5.   Kumpulan umur bekerja (15-64 tahun)             22,795.6        70.0
                  6.   Kumpulan umur muda (bawah 15 tahun)              7,599.8        23.3
                  7.   Kumpulan umur tua (65 tahun & ke atas)            2186.1         6.7
               Nota:
               1.   Anggaran penduduk semasa  2019.
               2.   Jumlah mungkin berbeza disebabkan pembundaran angka.
               3.   e  - anggaran
               Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia (www.dosm.gov.my/Population Quick Info)

               Nisbah tanggungan adalah  bilangan penduduk  dalam  kumpulan  umur muda dan
               umur tua yang perlu ditanggung bagi setiap 100 orang dalam kumpulan umur bekerja.
               Nisbah  tersebut  terbahagi  kepada  nisbah  tanggungan  jumlah,  nisbah  tanggungan
               umur muda dan nisbah tanggungan umur tua. Nisbah tanggungan jumlah menurun
               daripada 43.4 pada tahun 2018 kepada 42.9 pada tahun 2019. Nisbah tanggungan
               umur muda didapati menurun daripada 34.1 pada tahun 2018 kepada 33.3 pada tahun
               2019. Walau bagaimanapun, nisbah tanggungan umur tua menunjukkan peningkatan
               daripada 9.3 pada tahun 2018 kepada 9.6 pada tahun 2019.























                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  3
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18