Page 14 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 14

STATUS KESIHATAN

            Status  kesihatan diukur melalui  keadaan kesihatan individu  dan  penduduk  secara
            keseluruhannya.  Ianya  boleh  diukur  melalui  beberapa  petunjuk  kesihatan  seperti
            status jangkaan hayat ketika lahir, kematian dan morbiditi.

            JANGKAAN HAYAT KETIKA LAHIR

            Jangkaan  hayat  ketika  lahir  merupakan  bilangan  tahun  bayi  yang  baru  lahir  akan
            hidup  jika  corak  kematian  pada  masa  kelahirannya  tetap  sama  sepanjang  hayat.
            Dengan kemajuan dalam status pemakanan dan sosio-ekonomi  penduduk, rakyat
            Malaysia kini boleh menikmati jangkaan hayat yang lebih lama berbanding dahulu.
            Pada tahun 2019, jangkaan hayat ketika lahir penduduk Malaysia telah meningkat 0.4
            tahun kepada 74.5 tahun berbanding 74.1 tahun pada tahun 2010. Jangkaan hayat
            bagi lelaki meningkat 0.3 tahun kepada 72.2 tahun pada tahun 2019 berbanding 71.9
            tahun pada tahun 2010, manakala bagi perempuan meningkat 0.7 tahun kepada 77.3
            tahun pada 2019 berbanding 76.6 tahun pada tahun 2010 (Rajah 1.1).

                                                 Rajah 1.1
                             Jangkaan Hayat Ketika Lahir, Malaysia, 2010-2019



























            Nota:
            p = Data permulaan
            e = Data anggaran
            Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia
















        LAPORAN TAHUNAN
     4  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19