Page 127 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 127

INISIATIF PROMOSI KESIHATAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN DAN KOMUNITI

               1.  Simposium Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI)
               Simposium Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) Peringkat Kebangsaan
               2019 telah diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2019 bertempat di Eastin Hotel, Kuala
               Lumpur dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri
               Pendidikan Malaysia bersama dengan Yang Berhormat Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
               Menteri Kesihatan Malaysia. Seramai lebih kurang 500 orang peserta dari seluruh
               negeri telah hadir, terdiri daripada guru penyelaras dan pelajar institusi pengajian tinggi
               (IPT). Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang simposium berlangsung seperti sesi
               perkongsian pengantarabangsaan Program HePiLI, sesi perkongsian PROSIS, Sesi Best
               Practices Projek Khas Sekolah Rendah dan Sesi Best Practices Inovasi Bahan Bantu
               Mengajar. Selain itu, aktiviti lain adalah pocket talk, sesi perjurian tiga kategori iaitu
               Inovasi Bahan Bantu Mengajar IMFree, Inovasi Bahan Bantu Mengajar Kelab Doktor
               Muda Sekolah Rendah dan Inovasi Bahan Bantu Mengajar Sekolah Menengah.

                                                    Imej 4.9
                  Simposium Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI) di Eastin Hotel,
                                                 Kuala Lumpur












                                         Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM


               2.  Pertandingan Bebas Denggi Institusi Pengajian Tinggi
               Pertandingan IPTA Denggi bermula pada tahun 2017 melibatkan tiga Kementerian
               iaitu  Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan (Pengajian  Tinggi)
               dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun pertandingan ini dibuka
               kepada Universiti Swasta pada 2019 bagi memperluas penyebaran maklumat bahaya
               demam denggi dan cara memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes
               dalam kalangan para penuntut universiti. Bagi tahun 2019, Johan adalah Universiti
               Malaysia  Terengganu,  Naib  Johan  dari  Universiti  Utara  Malaysia  dan  Ketiga  UiTM
               Puncak Perdana.


















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  117
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132