Page 186 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 186

LATIHAN PROFESIONAL PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU
            Pada  tahun  ini,  BSKB  telah  melaksanakan  11  Kursus  Orientasi  Pegawai  Lantikan
            Baharu. BSKB juga telah melaksanakan tiga (3) kursus generic iaitu Kursus Intoduction
            to  Coaching  and  Mentoring  for  Allied  Health  Professionals,  Kursus  Infografic dan
            Kursus  Change Management  untuk  memberi  nilai  tambah kepada perkembangan
            perkhidmatan SKB.

            Tahun ini untuk pertama kalinya BSKB telah bertindak sebagai penyelaras penggunaan
            peruntukan modal  insan bagi 28  Profesion  Kesihatan Bersekutu  dan  berjaya
            menganjurkan sebanyak 70 kursus bagi kategori Pengurusan & Profesional dan juga
            kategori Pelaksana.

            Dengan  kerjasama 19 Profesion  Kesihatan  Bersekutu  dari  Kumpulan  Klinikal  dan
            Kumpulan Makmal, BSKB telah berjaya menyediakan Pelan Latihan Profesional Sains
            Kesihatan Bersekutu yang akan diguna pakai sebagai panduan hala tuju latihan generik,
            fungsional dan task-specific kepada ahli-ahli profesion yang berada di lapangan.


            HALA TUJU
            BSKB bersedia untuk memainkan peranan dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
            Tumpuan akan diberikan kepada menilai pencapaian ke atas strategi dan program
            yang dilaksanakan di bawah RMK-11. Setiap inisiatif/aktiviti yang telah berjaya dicapai
            akan dikekalkan dan diteruskan; manakala yang masih belum berjaya dicapai, akan
            dilaksana melalui strategi yang baharu di bawah RMK-12, mengintegrasikan inisiatif
            di  bawah  program  perubatan  dan  kesihatan  awam  bagi  meningkatkan  lagi  kualiti
            perkhidmatan yang diberikan oleh Profesion Kesihatan Bersekutu khasnya dan KKM
            amnya.




































        LAPORAN TAHUNAN
    176  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191