Page 188 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 188

Imej 5.5
                    Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Traditional and
                       Complementary Medicine Blueprint 2018-2027 (Health Care)























                                Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM
            PERSIDANGAN ANTARABANGSA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
                        TH
            KALI KE-9 (9  INTRACOM) TAHUN 2019
            Persidangan Antarabangsa Perubatan Tradisional dan Komplementari Kali Ke-9 Tahun
                    th
            2019 (9  INTRACOM) yang berlangsung dari 3 hingga 5 Ogos 2019 di Hotel One World,
            Petaling Jaya, Selangor, telah dihadiri oleh lebih daripada 400 delegasi dari dalam dan
            luar negara. Persidangan yang bertema ‘Pendekatan Bersepadu terhadap Penuaan
            Sihat’, ini memfokuskan kepentingan PT&K dalam meningkatkan ketahanan tubuh
            badan dan keupayaan untuk menyembuh serta menggalakkan pendekatan holistik ke
            arah penuaan yang sihat dalam era Silver Tsunami.

            9  INTRACOM telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly bin Ahmad, Menteri
              th
            Kesihatan Malaysia.  Perasmian  ini  turut melibatkan pelancaran ‘Garis Panduan
            Pengguna bagi Perkhidmatan Perubatan Perubatan Tradisional dan Komplementari
            yang Betul di Malaysia’. Matlamat panduan pengguna ini adalah untuk mempromosikan
            kesedaran berkenaan hak pengguna untuk menggunakan perkhidmatan PT&K yang
            betul dan selamat di samping memperkasa individu dalam membuat pilihan yang
            tepat bagi mengurangkan risiko yang tidak diingini.

            Sesi plenari, simposium dan diskusi panel yang telah berlangsung turut membincangkan
            pendekatan bersepadu dalam membantu mewujudkan warga yang sihat, peranan
            PT&K  dalam  pembiayaan  kesihatan,  masalah  penuaan  penduduk  dari  perspektif
            global, faktor pemacu penuaan secara sihat serta pemeliharaan amalan PT&K dalam
            penuaan yang sihat. Seramai 50 orang penceramah tempatan dan antarabangsa dari
            Pertubuhan  Kesihatan Sedunia, Australia, China,  Hong Kong,  Jerman  dan lain-lain
            telah berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang PT&K.








        LAPORAN TAHUNAN
    178  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193