Page 187 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 187

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

               Bahagian  Perubatan Tradisional  dan Komplementari (BPTK) mula beroperasi sejak
               tahun 2004. BPTK bertanggungjawab untuk mengawal selia perkhidmatan perubatan
               tradisional  dan  komplementari  (PT&K)  serta  memastikan  PT&K  yang  selamat  dan
               berkualiti ke arah kesejahteraan rakyat. Cawangan yang dibentuk bawah BPTK adalah
               Cawangan Dasar dan Perkembangan, Cawangan Pengurusan dan Latihan, Cawangan
               Amalan PT&K, Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan serta Sekretariat Majlis
               PT&K.


               AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

               PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE
               BLUEPRINT 2018-2027 (HEALTH CARE)

               Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Traditional and Complementary
               Medicine Blueprint 2018-2027 (Health Care) telah diadakan sebanyak dua kali iaitu
               pada 22 Januari 2019 dan 10 Oktober 2019.

               Mesyuarat ini  telah dipengerusikan  oleh  Timbalan  Ketua Pengarah  Kesihatan
               (Perubatan) dan terdiri daripada wakil dari pelbagai Kementerian termasuk:
                  (i)   Kementerian Kesihatan Malaysia:
                          •  Institut Penyelidikan Perubatan
                          •  Bahagian Regulatori Farmasi Negara
                          •  Urusetia Institut Kesihatan Negara
                          •  Bahagian Perancangan KKM
                          •  Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
                  (ii)   Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
                          •  Pejabat Pembangunan Herba
                          •  Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan
                  (iii)  Kementerian Pendidikan Malaysia
                          •  Agensi Kelayakan Malaysia
                  (iv)  Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan
                          •  Perbadanan Harta Intelek Malaysia
                  (v)   Pusat Biodiversiti Sabah
                  (vi)  Pusat Biodiversiti Sarawak

               Sejak pelancaran  T&CM  Blueprint  2018-20287  (Health  Care) pada tahun  2018,
               sebanyak 47 daripada 71 pelan tindakan telah mula dilaksanakan. Sehingga Disember
               2018,  sebanyak  lima  (5)  pelan  tindakan  telah  berjaya  disempurnakan.  Selain  itu,
               pelan tindakan yang selebihnya berjalan dengan lancar mengikut garis masa yang
               ditetapkan.  BPTK  sebagai  urusetia  bagi  pelaksanaan  T&CM  Blueprint  2018-2027
               (Health Care) akan sentiasa memantau dan berkerjasama dengan agensi yang terlibat
               demi memastikan kesemua pelan tindakan yang ditentukan dapat mencapai sasaran
               dengan jayanya.







                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  177
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192