Page 190 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 190

Imej 5.8
                Ahli Mesyuarat Sampingan ASEAN Untuk Nota Konsep Dialog PT&K ASEAN
























                                Sumber: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM

            MESYUARAT TEKNIKAL DUA HALA KALI KE-6 KERJASAMA DALAM SISTEM PERUBATAN
            TRADISIONAL DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN INDIA

            Mesyuarat teknikal dua hala tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada
            6 Ogos 2019. Delegasi Kerajaan Malaysia diketuai oleh Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah
            BPTK telah mempengerusikan mesyuarat teknikal tersebut bagi pihak Ketua Pengarah
            Kesihatan Malaysia.  Delegasi daripada  Kerajaan Republik  India  telah diketuai oleh
            Encik P.N. Ranjit Kumar, Joint Secretary, Ministry of Ayurveda, Yoga and Naturopathy,
            Unani,  Siddha  and  Homeopathy  (AYUSH).  Mesyuarat  ini  turut  dihadiri  oleh  wakil
            daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Bahagian Regulatori Farmasi Negara
            (NPRA),  Bahagian  Dasar dan Hubungan Antarabangsa  (BDHA), Kementerian Luar
            Negeri dan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia.


            Antara hasil perbincangan mesyuarat teknikal tersebut adalah:
            a)  Pelanjutan deputasi pakar Perubatan Tradisional India melalui program Indian
                Technical and Economic Cooperation (ITEC);
            b)  Peluang menjalani kursus atau latihan professional sebagai AYUSH Therapist di
                India;
            c)  Tawaran biasiswa di bawah program AYUSH Scholarship Scheme for Malaysians
                akan diteruskan;
            d)  Penubuhan AYUSH academic chair di institusi pengajian tinggi Malaysia;
            e)  Kolaborasi  dalam  kajian  tumbuhan  herba  untuk  pencegahan  atau  rawatan
                penyakit jangkitan denggi dan leukoderma;
            f)  Penganjuran bengkel bagi pengilang ubat/ produk tradisional di India berkenaan
                mekanisme  pengawalseliaan  dan  proses  pendaftaran  produk  tradisional  di
                Malaysia; dan
            g)  Membantu mengesahkan status kelayakan pengamal PTI dari negara India yang
                ingin bekerja di Malaysia.






        LAPORAN TAHUNAN
    180  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195