Page 25 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 25

URUSAN KENAIKAN PANGKAT


               Urusan  kenaikan  pangkat  merupakan  aspek  penting  bagi  pengurusan  sumber
               manusia yang merupakan pemangkin kepada penghasilan pegawai yang berkaliber
               dan menjadi faktor motivasi kepada pegawai berkenaan. Urusan kenaikan pangkat
               ini  merupakan  medium  pengiktirafan  bagi  menghargai  sumbangan  pegawai  dan
               memberi perkembangan yang positif dalam urusan laluan kerjaya pegawai. Urusan
               kenaikan pangkat di KKM pada tahun 2019 adalah seperti di Jadual 2.4.

                                                   Jadual 2.4
                Bilangan Pegawai Yang Terlibat Dalam Urusan Kenaikan Pangkat Bagi Tahun 2019


                                             Pengurusan       Paramedik dan
                   Urusan      JUSA/Khas         dan           Auksiliari dan        Jumlah
                                              Profesional        Pelaksana
                  Kenaikan        210           10,018             9,327             19,555
                   Pangkat

               Sumber: Bahagian Sumber Manusia, KKM

               HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (HRMIS)


               HRMIS merupakan instrumen yang penting dalam memastikan ketepatan dan integriti
               data pengurusan sumber manusia. Sistem ini mengandungi maklumat pengurusan
               data personel, profil perkhidmatan, maklumat peribadi dan Laporan Nilaian Prestasi
               Tahunan (LNPT). Pencapaian pelaksanaan HRMIS di KKM merupakan salah satu KPI
               bagi  Ketua  Setiausaha  Kementerian.  Bagi  tahun  2019,  sebanyak  enam  (6)  kriteria
               telah ditetapkan sebagai pengukuran kepada pencapaian pelaksanaan HRMIS oleh
               Kementerian dengan pencapaian sebanyak 100 peratus. Perincian pencapaian HRMIS
               KKM bagi tahun 2019 adalah seperti di Jadual 2.5.



























                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  15
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30