Page 22 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 22

PENGENALAN


            Program Pengurusan terdiri daripada lapan (8) bahagian/unit yang bertanggungjawab
            terus  kepada  Ketua  Setiausaha,  iaitu  lima  (5)  bahagian  di  bawah  Timbalan  Ketua
            Setiausaha (Pengurusan) dan tiga (3) bahagian di bawah Timbalan Ketua Setiausaha
            (Kewangan). Objektif utama program ini adalah untuk memudahkan dan menyokong
            pencapaian dasar dan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyokong
            program lain menerusi sistem perkhidmatan yang cekap dan berkesan, pengurusan
            sumber  manusia,  pengurusan  teknologi  maklumat,  pembangunan  latihan  dan
            kemahiran serta pengurusan kewangan.


            Bahagian-bahagian di bawah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) adalah seperti
            berikut:
                  i.    Bahagian Sumber Manusia (BSM);

                  ii.   Bahagian Pengurusan Latihan (BPL);
                  iii.   Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK);
                  iv.   Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP); dan
                  v.    Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).


            BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)


            Pengurusan  sumber  manusia  adalah  elemen  penting  untuk  meningkatkan
            keberkesanan pelaksanaan program  pembangunan  kesihatan. Bahagian Sumber
            Manusia (BSM) berperanan untuk merancang dan memastikan Kementerian Kesihatan
            Malaysia (KKM) mempunyai struktur perjawatan dan organisasi yang mantap. Dalam
            masa  yang  sama,  ianya  memastikan  keperluan  pengisian  sumber  manusia  dalam
            memberikan penyampaian  perkhidmatan kesihatan kepada rakyat selaras dengan
            dasar semasa Kerajaan.


            Bahagian  ini  juga  melaksanakan  pengurusan  pengisian  perjawatan  bagi  97  skim
            perkhidmatan, pelaksanaan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat selaras dengan
            keperluan  perkhidmatan  kesihatan  serta  merancang,  memantau  dan  memastikan
            pelaksanaan  aplikasi  sistem  Human  Resource  Management  Information  System
            (HRMIS)  berjalan lancar. Di  samping  itu, Bahagian  ini  merancang dan  melaksana
            kajian-kajian berhubung sumber manusia seperti pengurusan dan penambahbaikan
            skim perkhidmatan serta elaun dan kemudahan.

            Pelaksanaan  Dasar  Pengejatan  Saiz  Perkhidmatan  Awam  dan  Dasar  Kawalan  Saiz
            Perkhidmatan Awam telah memberi kesan besar kepada KKM dalam menyediakan
            personel  mencukupi  bagi menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
            Selaras  dengan  penguatkuasaan  dasar-dasar  tersebut,  keperluan  perjawatan  di
            KKM hanya dilaksanakan melalui kaedah tukar ganti (trade-off) dan pindah butiran




        LAPORAN TAHUNAN
    12  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27