Page 23 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 23

(redeployment)  jawatan  sedia  ada  tanpa  melibatkan  pewujudan  jawatan  baharu.
               Walau  bagaimanapun,  Jabatan  Perkhidmatan  Awam  (JPA)  pada  2  Disember  2019
               telah meluluskan pewujudan 10,675 perjawatan di KKM secara trade-off dan berfasa
               bagi memenuhi keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan KKM yang telah siap
               pada tahun 2019 dan akan beroperasi pada tahun 2020.


               AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


               PERJAWATAN DAN PENGISIAN DI KKM


               Sehingga 31 Disember 2019, pengisian di KKM adalah sebanyak 254,290 (95 peratus)
               berbanding  perjawatan  sebanyak  267,582.  Jadual  2.1 menerangkan perincian
               pengisian di KKM berdasarkan kepada kumpulan perkhidmatan.

                                                   Jadual 2.1
                      Kedudukan Pengisian Perjawatan di KKM Sehingga 31 Disember 2019
                                       Mengikut Kumpulan Perkhidmatan


                             Kumpulan                                   Pengisian
                 Bil.                           Jawatan        Isi                     Kosong
                           Perkhidmatan                                  (peratus)
                      Pengurusan dan
                 1.                             59,121      54,067         91.5        5,206
                      Profesional

                 2.   Paramedik & Auksiliari   139,297      135,215        97.1        5,420


                 3.   Pelaksana                 69,164      65,008         94.0        5,355

                           Jumlah              267,582      254,290        95.0       15,981
               Nota:  Pengurusan  dan  Profesional  adalah  termasuk  Pengurusan  Tinggi,  Pakar  dan  JUSA  serta  Skim  Bersepadu.  Jumlah
               kekosongan tidak mengambil kira pengisian kader out seramai 2,689.
               Sumber: Bahagian Sumber Manusia, KKM
               Bagi tahun 2019, terdapat seramai 33,523 orang Pegawai Perubatan Tetap di KKM
               merangkumi 5,207 orang Pegawai Perubatan Pakar, 28,095 orang Pegawai Perubatan
               Bukan  Pakar  dan  221  orang  Pegawai  Perubatan  Siswazah.  Jumlah  keseluruhan
               pengisian  lima  (5)  skim perkhidmatan  utama di  KKM  sehingga 31 Disember 2019
               adalah seperti di Jadual 2.2.















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  13
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28