Page 27 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 27

PENAMBAHBAIKAN PROSES KERJA MELALUI OFFICE AUTOMATION

               Proses kerja telah ditambah baik melalui office automation melibatkan pelaksanaan
               berikut:
                     i.    Pelaksanaan urusan pelantikan tiga (3) skim perkhidmatan utama melalui
                           aplikasi e-Housemen, e-Dentist dan e-Pharmacist;
                     ii.   Pelaksanaan  urusan  naik  pangkat  tiga  (3)  laluan  kerjaya  (Gred  44-54)
                           melalui  aplikasi  e-Naik  pangkat, sistem dalaman  KKM  yang mampu
                           menampung 10,000  permohonan  setahun  yang boleh  diperakukan
                           terus oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) kepada BSM telah meningkatkan
                           kecekapan, ketelusan, dan  penjimatan  masa.
                     iii.   Pelaksanaan  Sistem  Maklumat Pengurusan Profesional 2.0 (MySYMPP)
                           yang  melibatkan  pengoperasian  Fasa  1  Modul  Perjawatan  merupakan
                           inisiatif  pemantapan  pengurusan  data  sumber  manusia  di  KKM  bagi
                           menyokong fungsi proses kerja untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.


               PENAMBAHBAIKAN ELAUN DAN KEMUDAHAN ANGGOTA KKM

               Menambah baik elaun  dan  kemudahan  kepada anggota KKM  bagi mengekalkan
               mereka dalam perkhidmatan awam dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan.
               Elaun dan kemudahan yang ditambahbaik adalah seperti berikut:

               1.  Elaun Pembedahan Elektif

               Kerajaan telah bersetuju meluluskan permohonan pemanjangan Elaun Pembedahan
               Elektif kepada Pegawai Pergigian dan Pegawai Pergigian Pakar yang mengendalikan
               perkhidmatan Pembedahan Elektif pada hari Sabtu di hospital KKM dengan kadar
               RM200 sejam bagi Pegawai Pergigian Pakar dan RM80 sejam bagi Pegawai Pergigian.
               Tarikh kuat kuasa adalah mulai 1 Ogos 2019.


               2.  Kemudahan Pakaian Seragam Bagi Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred
                   C29 yang Ditukar Lantik dan Masih Menjalankan Tugas Pembantu Penyediaan
                   Makanan

               Kerajaan  pada  7 April  2016 telah  bersetuju  supaya Pembantu  Penyediaan
               Makanan Gred N19 yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf ditukar lantik ke skim
               perkhidmatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) Gred C29. Namun,
               sebilangan daripada mereka masih ditempatkan secara Khas Untuk Penyandang (KUP)
               dan menjalankan tugas-tugas asal sebagai Pembantu Penyediaan  Makanan Gred
               N19. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju dengan rayuan KKM agar
               Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 (KUP) yang kekal di penempatan
               asal dan masih melaksanakan skop tugas Pembantu Penyediaan Makanan dibekalkan
               dengan kemudahan pakaian seragam termasuk kasut mengikut Kelayakan Pembantu
               Penyediaan Makanan Gred N19. Kuat kuasa pelaksanaan ini adalah mulai 1 Januari
               2020.



                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  17
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32