Page 26 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 26

Jadual 2.5
                             Laporan Pencapaian HRMIS KKM bagi Tahun 2019

                                                                           Pencapaian
                                 Sasaran 2019
                                                                              2019
             Data Perjawatan: Sepadan HRMIS Dan MyPost - 20                  20/20
             peratus                                                 (Per Modul 100 peratus)

                                                                             20/20
             Data HRMIS Berintegriti - 20 peratus
                                                                     (Per Modul 100 peratus)
             Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Disahkan/               15/15
             Tidak Disahkan - 15 peratus                             (Per Modul 100 peratus)
             Penilaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)               20/20
             2019 Selesai - 20 peratus                               (Per Modul 100 peratus)

                                                                             15/15
             Pelaksanaan Pengisytiharan Harta - 15 peratus
                                                                     (Per Modul 100 peratus)
             Pelaksanaan Penamatan Perkhidmatan Melalui
             HRMIS Bagi (10 peratus):
                i.    Penamatan Perkhidmatan Pasca-Persaraan                 10/10
                      Kerana Mencapai Umur 55/56/58/60 Tahun
                ii.   Penamatan Perkhidmatan Sukarela                (Per Modul 100 peratus)
                      Persaraan Pilihan
                iii.   Kematian Dalam Perkhidmatan

                        PENCAPAIAN HRMIS KKM 2019                         100 peratus

            Sumber: Bahagian Sumber Manusia, KKM

            PELANTIKAN KONTRAK SKIM PARAMEDIK DAN AUKSILIARI

            Bagi  menangani  keperluan  sumber  manusia  di  fasiliti  kesihatan,  KKM  telah
            melaksanakan pelantikan secara kontrak bagi anggota paramedik keluaran Institut
            Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) mulai tahun 2019. Tempoh kontrak
            adalah  selama  empat  (4)  tahun.  Bagi  tahun  2019,  seramai  1,664  orang  pelatih
            ILKKM telah dilantik secara kontrak yang melibatkan empat (4) skim perkhidmatan
            iaitu Juruteknologi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian, Penolong Pegawai
            Perubatan dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.















        LAPORAN TAHUNAN
    16  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31