Page 277 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 277

Rajah 8.2
                       Pecahan Ahli Farmasi Berdaftar Mengikut Sektor Amalan pada 2019





























               Sumber: Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia

               PEROLEHAN DAN PERBELANJAAN UBAT-UBATAN KEMENTERIAN
               KESIHATAN MALAYSIA

               Nilai perolehan ubat-ubatan di semua hospital, institusi dan klinik kesihatan KKM ialah
               RM 2,801.28 juta. Nilai perbelanjaan tersebut meningkat 20.52 peratus berbanding
               dengan nilai pada tahun 2018. Ubat-ubatan yang diperolehi melalui syarikat konsesi
               (APPL) adalah sebanyak RM 1,007.66 juta (35.97 peratus), kontrak KKM sebanyak RM
               1,302.92 juta (46.51 peratus) serta pembelian terus dan sebutharga sebanyak RM
               490.70 juta (17.52 peratus).

               PENDISPENSAN UBAT DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN KKM

               Pada tahun 2019, terdapat peningkatan sebanyak 1.2 peratus bagi jumlah preskripsi
               pesakit luar  yang diterima di  hospital  dan  klinik  kesihatan  berbanding  tahun
               sebelumnya. Jumlah preskripsi pesakit luar yang diterima di fasiliti-fasiliti kesihatan
               awam ialah 60.9 juta di mana 39.1 juta preskripsi diterima di klinik kesihatan (KK) dan
               21.8 juta preskripsi diterima di hospital (Rajah 8.3). Terdapat penurunan sebanyak
               7.4 peratus bagi jumlah preskripsi pesakit dalam yang diterima di hospital di mana
               jumlah keseluruhannya ialah 16.4 juta preskripsi (Rajah 8.4).














                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  267
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282