Page 282 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 282

Bersempenaan  dengan  sambutan  Hari  Farmasi Sedunia  2019,  Program Santuni
            Rakyat: Kenali Ubat Anda telah dilancarkan dengan majlis perasmian disempurnakan
            oleh YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
            Antara aktiviti yang diadakan adalah ‘FunWalk’ dan ‘Jom Jelajah Komuniti: Kenali Ubat
            Anda’ yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan
            Malaysia.  Beliau  telah  turut  bersama-sama  dengan  ahli-ahli  farmasi  melawat  ke
            rumah pesakit di  sekitar Kuala  Selangor untuk menilai  pengurusan  ubat pesakit
            dan mengenal pasti masalah-masalah lain berkaitan ubat-ubatan. Selain itu, aktiviti
            seperti pemeriksaan kesihatan, kaunseling ubat-ubatan, pameran kesihatan, ceramah
            kesihatan, Pharmazania dan Forum Fakta & Mitos berkaitan ubat-ubatan juga telah
            diadakan.
                                                 Imej 8.1
                   Aktiviti-Aktiviti yang Dilaksanakan Semasa Hari Farmasi Sedunia 2019




















                                               Majlis Perasmian



















                           Pelancaran ‘Funwalk’                                                                Lawatan ke Rumah Pesakit
                                Sumber: Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, KKM














        LAPORAN TAHUNAN
    272  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287