Page 280 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 280

PENYENARAIAN ATAU PINDAAN KEPADA FORMULARI UBAT
            KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

            Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) merupakan senarai ubat-
            ubatan  yang  telah  diluluskan  untuk  digunakan  di  semua  fasiliti  KKM.  Ia  berfungsi
            sebagai panduan  kepada anggota kesihatan KKM  dalam menentukan ubat-ubatan
            yang diperlukan untuk rawatan pesakit. Permohonan penyenaraian/pindaan kepada
            FUKKM diputuskan dalam Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM
            yang bersidang sebanyak tiga (3) kali setahun. Bahagian Amalan dan Perkembangan
            Farmasi bertanggungjawab untuk memproses dan menilai permohonan penyenaraian/
            pindaan terhadap FUKKM.


            Sehingga Disember 2019, terdapat sebanyak 1,684 persediaan yang merangkumi 858
            entiti kimia telah disenaraikan dalam FUKKM.  Bilangan ubat-ubatan yang tersenarai
            dalam FUKKM dari tahun 2016 hingga 2019 diringkaskan dalam Rajah 8.6.

                                                 Rajah 8.6
                    Ubat-ubatan yang Tersenarai dalam FUKKM bagi 2016 hingga 2019



































            Sumber: Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM














        LAPORAN TAHUNAN
    270  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285