Page 281 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 281

UBAT KELULUSAN KHAS

               Kelulusan  khas daripada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK)/Pengarah Kanan
               Perkhidmatan Farmasi (PKPF) diperlukan untuk memperoleh dan menggunakan ubat
               yang tidak tersenarai dalam FUKKM termasuk ubat berdaftar atau ubat tidak berdaftar.
               Permohonan  bagi  kelulusan  khas  ini  dipertimbangkan  untuk  rawatan  alternatif
               dengan memberi keutamaan kepada penggunaan ubat-ubatan yang terdapat dalam
               FUKKM. Sepanjang tahun 2019, terdapat 8,141 permohonan telah diterima daripada
               fasiliti-fasiliti  KKM  dengan  peningkatan  sebanyak  25.1  peratus  berbanding  tahun
               2018 (6,506 permohonan). Secara keseluruhan, 93.6 peratus (7,625 permohonan)
               telah diluluskan dengan anggaran kos sebanyak RM130.7 juta (Rajah 8.7).

                                                    Rajah 8.7
                Bilangan dan Kos Kelulusan Permohonan Ubat Khas Fasiliti KKM bagi 2016 hingga
                                                      2019









                                Kos (RM)

















               Sumber: Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, KKM

               HARI FARMASI SEDUNIA 2019

               Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun bagi meningkatkan
               kesedaran awam tentang profesion ahli farmasi dan mengiktiraf kepentingan bidang
               farmasi di  dalam perkhidmatan  kesihatan.  Pada  tahun  ini,  Program Perkhidmatan
               Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menganjurkan Hari Farmasi
               Sedunia 2019 di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor pada 5 Oktober
               2019. Tema sambutan adalah ‘Safe and Effective Medicines for All’ yang menekankan
               fungsi  ahli  farmasi  dalam  memastikan  keselamatan  pesakit  dengan  meningkatkan
               penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang betul dan mengurangkan kadar kesalahan
               pengubatan.







                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  271
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286