Page 31 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 31

LATIHAN PRA-PERKHIDMATAN


               Pada tahun 2019, sejumlah 3,624 tempat telah ditawarkan bagi 13 program Latihan
               Pra-Perkhidmatan  di  Institut  Latihan  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (ILKKM).
               Daripada  jumlah  penawaran  tersebut,  pelatih  yang  melapor  diri  adalah  seramai
               3,268 orang. Bilangan penawaran atau pengambilan pelatih bagi tahun 2019 adalah
               lebih rendah 14.2 peratus berbanding tahun 2018 selaras dengan unjuran keperluan
               pengisian kekosongan jawatan paramedik. Penawaran tempat latihan dan bilangan
               pelatih  yang  melapor  diri  mengikut  disiplin  di  ILKKM  pada  tahun  2018  dan  2019
               adalah seperti di Rajah 2.5 berikut.


                                                    Rajah 2.5
               Perbandingan Pengambilan Pelatih Mengikuti Latihan Separa Perubatan, 2018 dan
                                                      2019






















               Sumber: Bahagian Pengurusan Latihan, KKM

               PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN DAN KURSUS PENGKHUSUSAN
               (POST-BASIC)

               Pada tahun 2019, jumlah penyertaan Kursus Lanjutan dan Pengkhususan (Post-Basic)
               adalah seramai 3,595 orang Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) daripada KKM
               dan lain-lain agensi kerajaan, 143 orang daripada Badan Berkanun manakala seramai
               692 orang merupakan anggota kesihatan daripada Institusi Kesihatan Swasta. Kursus
               Lanjutan dan Pengkhususan (Post-Basic) ini melibatkan 41 bidang di seluruh ILKKM
               seperti  yang  ditunjukkan  dalam  Rajah 2.6 dan  Rajah 2.7  dengan  jumlah  peserta
               seramai 4,430 orang bagi tahun 2019. Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak
               8.6 peratus  berbanding  4,845  penyertaan  pada  tahun  sebelumnya.  Program yang
               mempunyai permintaan paling tinggi adalah Diploma Lanjutan Kebidanan dengan 999
               penyertaan (pada kadar 22.5 peratus) diikuti Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan
               dengan 354 penyertaan (pada kadar 7.9 peratus).






                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  21
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36