Page 71 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 71

Kesejahteraan  Rakyat dengan  Petunjuk  Prestasi  Utama (PPU) yang mengukur
               kekerapan lawatan Perkhidmatan Kesihatan ke perkampungan Orang Asli pedalaman.
               PPU yang ditetapkan adalah lawatan dilaksanakan setiap empat (4) minggu berbanding
               dengan sasaran ditetapkan sebanyak 80 peratus. Pencapaian keseluruhan PPU bagi
               tahun 2019 adalah sebanyak 66.2 peratus. Antara punca kegagalan pencapaian PPU
               adalah isu logistik seperti keadaan jalan yang rosak, cuaca yang tidak mengizinkan
               dan kerosakan kenderaan Pasukan Bergerak Orang Asli (PBOA). Beberapa projek khas
               bagi meningkatkan kualiti penyampaian kesihatan kepada masyarakat Orang Asli juga
               akan diberi keutamaan dalam perancangan Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-12.

               Bagi tahun  2019,  penyampaian  perkhidmatan kesihatan melalui  Pasukan Doktor
               Udara (PDU) yang berpangkalan di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah dilaksanakan
               bagi memberi  perkhidmatan kesihatan kepada 15  (88  peratus) daripada  17  tapak
               pendaratan di kawasan pedalaman yang sukar dicapai sama ada melalui jalan darat
               atau jalan air. Pencapaian lawatan PDU bagi tahun 2019 adalah sebanyak 41.6 peratus
               daripada 173 penerbangan yang dirancang. Keadaaan cuaca yang tidak mengizinkan
               dan masalah teknikal oleh syarikat helikopter  terlibat adalah  antara punca utama
               ketidakcapaian sasaran 80 peratus kekerapan lawatan PDU setiap empat minggu ke
               tapak pendaratan terbabit.

               Pada tahun 2019, sejumlah 641,880 kunjungan melibatkan masyarakat Orang Asli
               dilaporkan bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan kesihatan KKM yang ditawarkan
               di bawah Penjagaan Primer kesihatan (Jadual 4.1).


               Mesyuarat Teknikal Perkhidmatan Kesihatan Orang Asli bersama Pegawai Kesihatan
               Daerah dari seluruh Malaysia telah diadakan pada 11 November 2019. Seramai 48
               orang  pegawai  dari  Pejabat  Kesihatan  Daerah,  Jabatan  Kesihatan  Negeri,  Pegawai
               Pemakanan Daerah dan Negeri dan Pegawai Teknikal dari Program Kesihatan Awam
               telah  hadir  bagi membincangkan  dan  mencari jalan  penyelesaian  isu-isu  dalam
               meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Orang Asli.

                                                    Jadual 4.1
                 Jumlah Lawatan Kesihatan Menggunakan Perkhidmatan Kesihatan Primer KKM
                                          Melibatkan  Orang Asli, 2019


                           Perkhidmatan Kesihatan                       Jumlah Lawatan
                   Pesakit Luar                                               198,136

                   Antenatal                                                  102,960
                   Postnatal                                                    6,332

                   Perancang Keluarga                                          94,512
                   Kesihatan Kanak-Kanak                                      129,314

                   Lawatan Rumah                                              110,626
                   Jumlah Keseluruhan                                         641,880

               Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam,KKM


                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  61
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76