Page 76 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 76

Jadual 4.3
                           Pengeluaran Kad Kuasa dari Tahun 2016 hingga 2019


                           Jenis Kad Kuasa                  2016     2017      2018     2019

             Pelantikan Pegawai Penguatkuasa Akta
             Makanan                                         434       385       348     547

             Penurunan Kuasa mengkompaun Akta                608       398       269     391
             Makanan

             Kad Pengenalan Penguatkuasa                     366       355       268     324
             Kuasa Penutupan Premis Makanan                  231       110       111     114

             Kuasa Mengkompaun Akta Pencegahan Dan            36        67        47       46
             Pengawalan Penyakit Berjangkit
             Pelantikan Pegawai Penguatkuasa Akta
             Pencegahan dan Pengawalan Penyakit            1,911       528       293     327
             Berjangkit

                               Jumlah                      3,586     1,843     1,336   1,749
            Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM
            PENGELUARAN LESEN PEWASAPAN


            Pengeluaran lesen pewasapan adalah selaras dengan keperluan Akta Hidrogen Sianid
            (Pewasapan)  1953  yang  mana  operator  pewasapan  memerlukan  lesen  sebelum
            menjalankan kerja-kerja pewasapan. Dalam menguatkuasakan Akta Hidrogen Sianid,
            operator  pewasapan  wajib  menduduki  peperiksaan  pewasapan  dan  lesen  hanya
            dikeluarkan apabila operator lulus peperiksaan yang diselaraskan oleh KKM.  Aktiviti-
            aktiviti berkaitan pewasapan adalah seperti berikut:

            i.    Peperiksaan Pewasapan Tahun 2019
                  Satu peperiksaan pewasapan telah diadakan di Pusat Latihan Perindustrian dan
                  Pemulihan, Bangi, Selangor.

            ii.   Kursus  Kompetensi  Pewasapan  Bagi  Pegawai  Kesihatan  Persekitaran/
                  Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP/PPKP)
                  Kursus Kompetensi Pewasapan Bagi PKP/PPKP telah diadakan pada 2 hingga 4
                  Julai 2019 bertempat di Hotel Titiwangsa, Cameron Highlands, Pahang. Kursus
                  ini  adalah  bertujuan  untuk menilai  kecekapan  mereka untuk menjalankan
                  pemantauan atau audit di lapangan kelak. Sektor Inspektorat dan Perundangan
                  (SIP) telah menetapkan calon yang menghadiri kursus ini adalah dalam kalangan
                  PKP/PPKP  yang  bertugas  di  kawasan  pelabuhan  atau  pintu  masuk  kerana
                  kebanyakan  kerja-kerja  pewasapan  dilakukan  di  kawasan  tersebut.  Bilangan
                  calon yang hadir kursus terbabit adalah seramai 19 orang.





        LAPORAN TAHUNAN
    66  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81