Page 73 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 73

CAWANGAN GLOBAL HEALTH

               Cawangan  Global  Health  memainkan  peranan  yang  amat  penting  dalam  bidang
               ‘global health diplomacy’ di persada antarabangsa. Berikut adalah senarai aktiviti-
               aktiviti yang telah dijalankan oleh Cawangan ini sepanjang tahun 2019.

               PEMANTAUAN WHO PROGRAM BUDGET 2018-2019
               Susulan  daripada  Mesyuarat  70th World  Health Assembly (Mei 2017),  Malaysia
               sebagai negara ahli telah berkolaborasi bersama pihak WHO bagi WHO Programme
               Budget 2018-2019. Pelbagai bahagian daripada Ibu Pejabat KKM telahpun menyertai
               program ini dan sejumlah 31 projek telah berjaya dilengkapkan semasa tempoh dua
               (2) tahun (2018-2019).

               WORLD HEALTH DAY 2019 (WHD2019)

               Cawangan Global Health bersama pihak WHO telah menganjurkan World Health Day
               pada 8 Mac 2019 di IPKKM. Acara ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan,
               Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Tema bagi WHD2019 adalah kesihatan sejagat iaitu
               Universal Health Coverage: Everyone, Everywhere. Komponen ‘primary health care
               in the 21st century as a step towards universal health coverage’ telah dibincangkan.


                72ND WORLD HEALTH ASSEMBLY (72WHA) – GENEVA
               Mesyuarat 72nd World Health Assembly telah berlangsung pada 20 hingga 28 Mei
               2019 di Palais de Nations, Geneva, Switzerland. Delegasi dari Malaysia telah diketuai
               oleh YBMK, Datuk KPK, bersama 2 pegawai kanan KKM. Mesyuarat ini merupakan
               mesyuarat  WHA  pertama  di  bawah  kepimpinan  Dr  Tedros  Adhanom  Genreyesus
               dan Ulangtahun ke-70 WHO telah disambut dengan tema “Health for All; Commit
               to Universal Health Coverage”. Semasa mesyuarat ini, Cawangan Global Health telah
               memainkan peranan yang penting sebagai penyelaras teknikal bagi delegasi dan telah
               mengetuai beberapa perbincangan di persada antarabangsa. Sebanyak 31 agenda
               termasuk isu teknikal dan isu pengurusan telah dibincangkan semasa mesyuarat ini
               manakala sEbanyak 18 intervensi telah dibentangkan oleh delegasi Malaysia.

               LATIHAN SANGKUTAN RASMI PEGAWAI KKM DI IBU PEJABAT WHO – GENEVA

               Cawangan Global Health telah menghantar tujuh (7) pegawai kanan KKM di bawah
               program latihan sangkutan rasmi di antara KKM dengan Ibu Pejabat WHO menerusi
               Bahagian Pengurusan Latihan, KKM. Pegawai-pegawai tersebut adalah dari Bahagian
               Perkembangan Kesihatan Awam, Perkembangan Perubatan dan Farmasi. Di antara
               unit-unit teknikal di WHO yang telah dilawat oleh delegasi ini selama tiga (3) hari
               adalah: WHO; Global TB Programme, Neglected Tropical Diseases, Medicines Vaccines
               & Pharmaceuticals, Global Malaria Programme, Health Work Force, Gender Equity &
               Human Rights, HIV/Global Hepatitis Programme.











                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  63
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78